Instagram bakal sorok likes! Macam mana dengan nasib instafamous?


Instagram mempunyai 1billion pengguna aktif seluruh dunia - Gambar Google


By Nadhirah Sofea Rashid

Penggunaan media sosial memainkan peranan yang besar dalam kehidupan serba moden ini.

Aplikasi seperti Facebook, Twitter dan terutamanya Instagram menjadi platform terbesar bagi peniaga, social media influencer, jenama dan macam-macam lagi.

Salah satu cara untuk mengukur prestasi sesuatu kandungan gambar atau video yang dimuatnaik adalah melalui kiraan likes. 

Bagi profession yang sepenuhnya bergantung kepada media sosial seperti social media influencer dan instafamous, kiraan like di Instagram menjadi satu elemen yang sangat penting dalam meyakinkan pengiklan untuk menggunakan perkhidmatan mereka dalam mempromosikan sesuatu jenama ataupun produk.

Makin banyak jumlah likes, makin diyakinilah akaun tersebut.

Jumlah like ini juga telah menjadikan salah satu contoh persaingan yang tidak sihat seperti siapa dapat jumlah like paling tinggi dalam kalangan anak muda.

Related image

Namun, apa akan terjadi sekiranya Instagram menutup jumlah likes daripada paparan umum?

Ya benar, ini bakal terjadi. Makin tak keruanlah pengguna Instagram selepas ini.

Menerusi pelan terbaru Instagram, ia bercadang untuk menutup jumlah like yang diterima pengguna daripada dilihat orang ramai dalam usaha untuk mengajar pengguna untuk memfokuskan kepada gambar dan bukannya like semata-mata.

Setakat ini pelan ini masih lagi dalam fasa percubaan serta Instagram masih jauh dari melaksanakannya. Pelan ini secara tidak langsung salah satu cara Instagram menangani masalah tekanan sosial.


Perubahan ini sudah pastinya memberi impak yang besar.

Ada pengguna Instagram yang sanggup membuat aksi berbahaya yang boleh mengundang maut semata-mata untuk dimuat naik ke dalam Instagram dan raih likes yang banyak!

Buat para instafamous dan influencer pula, pastinya fungsi terbaru ini bakal memberi kesan secara langsung kepada mereka dalam mengukur jumlah like yang diterima.

Apa-apa pun pihak Instagram masih belum memberi kata putus. So chill guys!