Mohon Maaf Tidak Ikhlas, Netizen Bengang Dengan PU Abu


Permohonan maaf Pencetus Ummah (PU) Abu buat netizen bengang


By Syafiqah Azman

Zaman sekarang kalau muat naik sebarang posting atau entri tentang masalah yang melanda perkahwinan seseorang, cepat sahaja tular dan menjadi perbualan warga net ya?  

Kecoh di media sosial Sabtu lalu apabila seorang pendakwah bebas dari program Pencetus Ummah telah menceraikan isterinya yang sarat mengandung melalui satu aplikasi WhatsAp pada 13 Mac lalu. 


Dengar kata cerai sebab ingin menikahi seorang ibu tunggal yang juga merupakan seorang usahawanita dalam produk kecantikan, betul ke? 

Namun, setelah dua hari isu ini melanda media sosial, baru sekarang tuan empunya badan iaitu PU Abu atau nama sebenarnya Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi membuka mulut memberi penjelasan mengenai isu tersebut. 

Menerusi media sosial Instagram, PU Abu telah memuat naik satu permohonan maaf dan menyatakan rasa kesal dengan sikap ketelanjurannya dalam menceraikan isteri, Ain Afini. 


“Saya meminta maaf kepada bekas isteri saya @ainafini dan keluarga kerana berlaku sikap tidak adil terhadap mreka. Moga saya mendapat balasan setimpal dengan apa yang saya lakukan,” tulisnya. 

PU Abu turut meluahkan rasa kecewa apabila bekas isterinya mengambil jalan dengan membuka aibnya di media sosial sehingga menjadi perhatian ramai. 

“Kalau dia (bekas isteri) sayangkan saya, dia tak akan buat saya macam ni,” tambahnya lagi. 

Gara-gara kenyataannya sebegitu, netizen menyatakan bahawa ungkapan permohonan maaf dari bekas peserta Pencetus Ummah (PU) itu adalah tidak ikhlas. 


“Nak menyesal, nak minta maaf pun tak ikhlas,” tulis salah seorang netizen di media sosial, Twitter. 

Ada juga yang beranggapan supaya pihak produksi Pencetus Ummah menarik balik gelaran PU daripada PU Abu ini sepertimana mereka telah menarik gelaran Dewi Remaja daripada Haneesya Hanee. 

Amboi, sampai begitu sekali ya? Tapi benar juga, zaman sekarang asal nampak pakai kopiah dan jubah putih, semua dianggap ustaz atau alim ya? Lagi satu, gelaran sebegini tidak seharusnya digunakan sembarangan, betul tak? 

Manakala, satu perkongsian daripada seorang pendakwah terkenal Ebit Irawan Ibrahim Lew atau lebih dikenali dengan Ebit Lew telah dikongsi di media sosial menyatakan bahawa dia sangat terkesan dengan isu sebegini. 

" target="_blank">

“Sedih, pilu dan menangis bila terbaca kisah sesiapa ceraikan isteri sedang mengandung untuk berkahwin lain…..janganlah bina mahligai bahagia atas tangisan air mata isteri yang kita nikahi dan cintai,” tulis Ebit Lew. 

Apa yang dikatakan oleh Ustaz Ebit Lew tersebut ada benarnya kerana seorang isteri ini adalah amanah yang telah diberikan Allah SWT kepada seorang lelaki yang bergelar suami dalam sesebuah institusi kekeluargaan. 

Jadi, seharusnya suami pelihara dan lindungi isteri yang telah diamanahkan, tak begitu? 

Apa pun, harap segalanya dipermudahkan buat kedua-kedua belah pihak dan ingatlah dunia ini berputar dan apa yang kita lakukan kepada seseorang sudah pasti akan terkena pada kita satu hari nanti. Sentiasa berbuat baik dan sebarkan positiviti!