Bapa pijak muka dan kurung anak dalam sangkar anjing


Kanak-kanak malang yang dikurung dalam sangkar anjing - Gambar Google


By Nadhirah Sofea Rashid

Seorang lelaki disiasat polis selepas didakwa mengurung anak perempuannya yang berusia 20 bulan di dalam sangkar anjing.

Bukan itu sahaja, lelaki itu juga didakwa sanggup memijak kepala kanak-kanak itu sebelum menghantar gambar dan video tersebut kepada bekas isterinya semata-mata kerana dendam.

Apalah dosa anak kecil itu sehingga sanggup diperlakukan sebegitu rupa?

Menurut Daily Mail, kejadian tersebut berlaku di rumah lelaki tersebut yang bernama Xu Qian di Caitang Town di wilayah Guangdong Selatan China.

Walaupun terdapat banyak gambar dan video yang boleh dijadikan sebagai bukti untuk mendakwa Xu Qian, ada kemungkinan lelaki tersebut terlepas daripada sebarang hukuman.


Polis memberi penjelasan suspek mungkin tertekan lantas mendera anaknya.

Namun, penjelasan polis itu menyebabkan bekas isteri lelaki tersebut, Xu Ting tidak berpuas hati dan mendakwa dia juga pernah menjadi mangsa pukul bekas suaminya itu.

“Saya sering didera dan setiap kali polis dipanggil, mereka hanya mengkritik dan menasihatinya tetapi tidak menahannya,” kata wanita itu.

Gambar kanak-kanak itu dikurung dan dipijak telah tular di media sosial dan ramai pengguna Internet mennggesa polis untuk mengambil tindakan tegas!

Ramai juga yang mendesak supaya lelaki itu menerima hukuman setimpal kerana tergamak memperlakukan anak kecil seperti itu.

Sementara itu, polis memberitahu, siasatan kini dijalankan terhadap Xu Qian selepas pihaknya menerima banyak gambar yang menunjukkan penderaan terhadap kanak-kanak itu.

Menurut polis, kanak-kanak itu dijaga oleh bapanya selepas pasangan berkenaan bercerai.