Kylez By Syafiq Kyle Tampil Dengan Konsep Modern Kampung Vibe


Busana Kylez By Syafiq Kyle


By ienaeliena

Tampil berbusana klasik tradisional pada Hari Raya sememangnya akan membakar lagi semangat kunjung mengunjung di hari raya. Terdapat banyak busana raya berkonsep tradisional yang terdapat di pasaran ketika ini. Anda juga boleh tampil klasik dengan menggayakan busana raya dari Kylez By Syafiq Kyle di hari lebaran yang bakal menjelma ini.

Kylez By Syafiq Kyle merupakan jenama tempatan dari artis tempatan yang terkenal di Malaysia. Artis yang telah memenangi anugerah Aktor Pilihan DFKL 2019 ini bertindak berani meluaskan bidang kerjayanya dengan menjinakkan diri dalam industri fesyen tanah air.

Sempena Aidilfitri 2019 , pelakon lelaki yang menjadi kegilaan ramai ini telah mengeluarkan beberapa koleksi raya dibawah jenama Kylez By Syafiq Kyle yang bertemakan ‘Modern Kampung Vibes’.

Jenama ini memfokuskan kepada pakaian Raya untuk lelaki dan wanita yang gemar mengenakan pakaian moden berunsur tradisional dalam meraikan Aidilfitri yang mulia. Bukan sahaja sesuai digayakan pada hari raya, ianya juga sesuai digayakan untuk majlis-majlis tertentu mahupun untuk pakaian harian bagi yang gemar memakai baju kurung dan kebaya. Kombinasi pakaian dari koleksi lelaki dan wanita ini pastinya akan menjadikan foto potret hari raya keluarga anda lebih cantik dan menarik.

Bagi wanita, terdapat pilihan kebaya tradisional yang cantik dan klasik untuk pilihan anda. Kebaya yang dipadankan bersama kain batik sememangnya menaikkan lagi unsur tradisional  yang terdapat pada busana tersebut. Selain itu terdapat juga kain batik yang dijual berasingan bagi anda untuk disuaipadankan dengan kebaya mahupun baju yang lain.

Bagi lelaki pula anda juga boleh membuat pembelian baju da secara berasingan. Ada diantara lelaki yang tidak gemar mengenakan sepasang busana baju melayu. Kylez By Syafiq Kyle menawarkan pelbagai potongan baju melayu lelaki untuk pilihan anda. Kepada anda di luar sana yang gemar menggayakan pakaian berunsur tradisional atau pakaian yang sedondon bersama pasangan, jenama Kylez By Syafiq Kylemenyediakan busana hari raya berkonsepkan tradisional untuk kedua-dua lelaki dan wanita yang mungkin akan menarik perhatian anda. Dapatkan koleksi tersebut di http://bit.ly/kylez