Mahu segera tutup pagar masjid, pakcik halau, jerit jemaah


Pakcik tersebut ingin segera tutup pagar masjid - Gambar Twitter


By Nadhirah Sofea Rashid

Haish, orang nak solat pun susah!

Tular di media sosial apabila seorang wanita berkongsi pengalaman apabila dipaksa keluar secepat mungkin gara-gara seorang pakcik yang merupakan penjaga masjid mahu tutup pagar masjid.

Wanita tersebut berkongsi di laman Twitternya @knisazakii, tindakan pakcik itu yang sewenang-wenangnya menutup lampu dan kipas ketika dia dan rakannya sedang bersembahyang.


"Cepat sikit! Nak tutup pagar ni!," herdik pakcik itu kepada wanita tersebut dan rakannya.

Menurut Khairunnisa, waktu kejadian belum pun melepasi jam sembilan malam. Maknanya azan Isyak baru sahaja berkumandang dah kena paksa solat cepat-cepat.

Eh pakcik ni rush-rush nak kemana, ya?

Haish, kerana sikap beberapa orang macam ini lah kadang-kadang menjadi penyebab anak muda jarang ke masjid.

Mana tidaknya, niat baik untuk bersolat tiba-tiba kena marah dan dipaksa keluar. Pasti pembaca turut merasakan ketidakpuasan hati kepada pakcik tu kan?!

AJK masjid tidak seharusnya berkelakuan begitu. 

Kalau ada pun kecemasan yang memaksa pakcik tersebut menutup masjid sebelum pukul sembilan malam perlulah dicakap dengan baik.

Tak elok menengking-nengking di masjid. Itukan rumah ibadat?