Tips Mudah Agar Warna Blusher Tahan Lama di Pipi


Blusher


By ienaeliena

Pemerah pipi ataupun blusher sememangnya menjadi salah satu perkara penting dalam solekan. Tidak lengkap sesuatu solekan itu tanpa mengenakan blusher tetapi kebiasannya blusher di pipi kita tidak akan bertahan lama. Lebih-lebih lagi apabila kita berpeluh dan kulit kita berminyak.

Blusher memainkan peranan penting pada solekan untuk memberi warna pada wajah agar kelihatan sihat dan segar. Sekiranya blusher cepat pudar warnanya, wajah kita kurang berseri berbanding semasa mengenakan blusher. Memang agak sukar jika setiap beberapa jam kita perlu touch up semula blusher pada pipi.

Jadi untuk memastikan blusher melekat lama pada wajah anda ikuti langkah di bawah agar blusher anda lebih tahan lama dari kebiasaannya pada wajah anda.

1. Pastikan Kulit Sudah Lembap

Ini adalah perkara asas yang penting dalam solekan. Kulit wajah haruslah dalam keadaan lembab. Dengan kelembapan yang dikekalkan, tekstur kulit akan menjadi lebih lembut dan produk solek yang digunakan lebih mudah diaplikasi dan bertahan lama. Bandingkan perbezaannya, apabila kulit anda kering.

Solekan anda sukar untuk melekat dan mudah kelihatan 'retak' kerana tekstur kulit yang kering. Jadi, pastikan kulit anda lembab dan sebelum anda menggunakan pelembap pastikan kulit anda bersih.Sapukan dengan gerakan membulat secara lembut, kemudian tunggu dalam 1 minit untuk pelembap itu menyerap ke dalam kulit wajah dan kemudian anda boleh memulakan solekan.

2. Gunakan Primer

Primer merupakan mekap based yang membantu mengecilkan liang-liang pori, meratakan warna kulit, dan menyerap minyak pada wajah supaya hasil solek kelihatan lebih cantik , licin dan gebu. Ia digunakan sebelum anda mengenakan foundation supaya kulit kelihatan lebih licin dan pori-pori disamarkan, menjadikan warna eyeshadow dan blusher lebih terang dan membuat solekan tahan lebih lama.

3. Pilih Foundation atau bedak asas yang tahan lama

Salah satu sebab mengapa blusher anda cepat pudar kerana pemilihan foundation atau bedak asas anda. Sekiranya foundation anda tidak tahan lama dan mudah cair, tidak hairanlah blusher anda juga turut hilang bersama bedak asas. Pilihlah foundation yang tahan lama bagi mengekalkan lagi warna blusher anda. Bagi anda yang mempunyai kulit berminyak, anda harus memilih foundation dengan label oil-free.

4. Gunakan blusher dua lapisan


Produk cadangan http://bit.ly/pemerahpipi

Mungkin kedengaran agak pelik mengenakan blusher sebanyak dua lapisan. Ya, menggunakan dua lapisan blusher boleh membuatkan blusher tahan lama namun dua lapisan yang dimaksudkan bukanlah kedua-dua lapisan dari jenis yang sama. Ada beberapa jenis blusher iaitu jenis serbuk, krim, cecair dan serbuk padat. Lapisan pertama seharusnya blusher yang berjenis krim mahupun cecair. Ia digunakan sebagai asas blusher supaya warna blusher tahan lebih lama, kemudian letakkan lapisan kedua dari jenisserbuk ataupun serbuk padat. Lapisan ini akan ‘mengunci’ warna blusher supaya tidak mudah pudar dan hilang.

Blusher cecair yang jenis berminyak secara amnya memberikan warna yang lebih realistic dan bersinar. Tetapi awas blusher jenis ini akan memberikan kesan retakan buat anda yng berkulit kering. Jika kulit anda kering, blusher jenis jenis krim adalah pilihan yang tepat untuk lapisan pertama.

5. Akhiri dengan bedak tabur

Langkah terakhir yang perlu anda lakukan untuk mengekalkan warna blusher anda andalah dengan mengenakan bedak tabur. Gunakan berus supaya sapuan bedak ini tidak. Langkah ini adalah untuk 'mengunci' pelembab dan solekan yang diaplikasi pada wajah. Serbuk atau bedak tabur biasanya lebih baik. Zarah-zarah serbuk yang lebih kecil yang lebih berkesan dalam menyamarkan liang halus dan kedutan dan lebih tahan lama.