Pasal Kes Cerai Ex-Bini Sarat Mengandung, Netizen Cakap PU Abu Lebih Zalim Dari Ustaz Hamadi?


PU Abu dan Ustaz Hamadi


Tak pasal-pasal watak Ustaz Hamadi yang dijelmakan dalam drama bersiri #Nur dan Nur2 turut terkait dengan isu kontroversi yang melibatkan Pencetus Ummah (PU) Abu apabila beliau telah menceraikan isterinya yang sedang sarat mengandung semata-mata untuk mengahwini seorang janda anak satu yang juga usahawan produk kecantikan. 

Walhal, isterinya itu baru sahaja dikahwininya dan PU Abu sanggup menceraikannya semata-mata kerana dia tidak mahu hidup berpoligami. Yalah, bukan semua wanita sanggup berpoligami. Lagipun takkan baru setahun kahwin dan nak kahwin lain? Peliklah... 

Disebabkan itu, netizen telah mengecam tindakan PU Abu dan menganggap dia telah bersikap zalim kerana sanggup berbuat demikian semata-mata mahu mengahwini janda tersebut. Malah, netizen menganggap dia lebih zalim berbanding Ustaz Hamadi. 

Aikk...Punyalah teruk perangai Ustaz Hamadi di dalam Nur 2, kenapa pula netizen menganggap PU Abu pulak yang lebih teruk ya? Haa... ini sebabnya... 

Rata-rata netizen yang mengikuti drama bersiri Nur 2 menganggap sejahat-jahat Ustaz Hamadi, dia tidak pernah langsung menceraikan isterinya. Tak seperti PU Abu, seorang Ustaz di dalam kehidupan realiti yang langsung tidak ada hati perut dan belas kasihan terhadap keadaan isterinya. 

Wah tak sangka.. Dek kerana PU Abu, Ustaz Hamadi pulak dianggap baik. Kira imej Ustaz Hamadi nih dah up sikitlah sekarang nih. Kalau tak semua orang asyik dok maki hamun Ustaz Hamadi jer. Terima kasihlah kepada PU Abu.