Kenapa Dayang Nurfaizah Call Syafiq Kyle Lepas Anugerah MeleTOP 2019 Selesai?


Dayang Nurfaizah


Siapa yang tak meleleh bila tengok betapa hensem dan tampannya aktor Syafiq Kyle. Sudahlah hensem dan tampan, terror berlakon pulak tuh. Memang pakejlah Syafiq Kyle nih. Patutlah ramai makcik-makcik, kakak-kakak, adik-adik yang tergila-gilakan Syafiq termasuklah golongan sejenis. 

Tengokkan Syafiq Kyle malam tadi kat Anugerah MeleTOP 2019 (AME 2019)? . Elok sangatkan. Siap menang tiga anugerah lagi iaitu Fesyen MeleTOP, Pelakon TV MeleTOP dan juga Bintang Filem MeleTOP. Tahniah..tahniah.. 

Sampaikan Dayang Nurfaizah pun teruja dengan Syafiq Kyle nih. Siap call lagi Syafiq Kyle untuk memberitahu bahawa dia adalah salah seorang daripada ribuan fan Syafiq. 

Yang tak tahan tuh, Dayang siap cakap lagi yang Syafiq Kyle nih handsome. Auwww.... Sweet. Macam manalah agaknya rupa Syafiq ek bila dapat pujian daripada Dayang. Ingin sangat nak tengok muka Syafiq time tuh. Mesti tengah blushing giler...

Apapun, jangan pulak ada yang gosipkan Dayang dengan Syafiq pulak nanti....Sebab Dayang hanya memuji Syafiq sebagai rakan artis biasa. Lagipun apa salahnya memujikan? 

Apapun tahniah juga buat Dayang Nurfaizah kerana telah berjaya memenangi anugerah Grup/Duo MeleTOPbersama Hael Husini di AME 2019. Mantap! 

Nak tengok video Dayang call Syafiq nih...Cute jer..