Gadis Melayu kongsi kisah anjing kesayangan arwah ayahnya


Walaupun ayahnya telah pergi buat selamanya, namun mereka akan tetap menjaga Johnny


By Huzraifah Atikah

Adui, siapa yang potong bawang ni, sedihnya...

Pernah dengar kisah 'Hachiko' tak?

Ianya berlaku di Jepun, berkisahkan mengenai taatnya seekor anjing terhadap tuannya yang telah meninggal dunia dan menunggu di stesyen kereta api selama bertahun-tahun walaupun tuannya sudah tidak muncul-muncul. 

Haa, cerita ni hampir sama dengan Hachiko, tapi ni versi Malaysia. Sediakan tisu sebelum baca ya..

Baru-baru ini, sorang gadis telah berkongsi di Twitter kisah mengenai arwah ayahnya yang baru sahaja meninggal dunia, rapat dengan seekor anjing jalanan bernama Johnny yang sering di beri makan. 

Menurut gadis tersebut walaupun ayahnya telah pergi buat selamanya, namun kebaikan yang telah dilakukan ayah akan tetap di teruskan oleh ahli keluarga. 

Kisahnya begini:


Comelnya Johnny!

Johnny duduk je tepi rumah masa ayah meninggal semalam...

Ayahnya amat menyayangi Johnny dan sering ingat untuk memberi Johnny makan. 

Beberapa mesej yang di 'screenshot' oleh gadis itu. 

Dan juga..

Menurut gadis itu juga, Johnny amat menyayangi ayahnya dan sering menjaga ayahnya walaupun ketika ayahnya hendak keluar pergi ke surau. 

Oleh kerana ayahnya amat menyayangi Johnny, mereka akan terus menjaga Johnny.

Kasih sayang ayahnya terhadap Johnny kekal buat selamanya...


YC mengucapkan salam takziah buat keluarga ini, dan semoga hidup terus diberkati dan di murahkan rezeki.