Banyak kes pecah masuk bilik di UiTM Shah Alam! Suspek dikenal pasti...


Monyet yang menyelinap masuk ke dalam bilik


By Rasyidah Zulkifli

Aiyoo, monyet pun dah pandai pecah masuk bilik orang sekarang!

Sebuah kolej kediaman perempuan di UiTM Shah Alam berhadapan dengan masalah ini apabila penghuninya seringkali mengadu masalah monyet pecah masuk bilik.

Masalah ini bukan pertama kali dilaporkan, bahkan telah berkali-kali.

Monyet ini dikenalpasti berasal dari kawasan hutan berdekatan, biasanya akan keluar mencari makanan seawal jam 8 pagi dengan menyelongkar bilik- bilik dimana jendelanya terbuka.

Sikap pelajar yang membiarkan makanan diatas meja belajar lantas menjadi sasaran monyet untuk masuk. 

Lucunya, seorang penghuni bilik panik lalu menjerit ketakutan apabila mendapati monyet liar sedang menjamu selera dibiliknya.

Silapnya juga tidak menutup jendela ketika keluar dari bilik sebab monyet disini cekap menangkap peluang ini.


Kebiasaannya, monyet bermaharajalela apabila pada hari Ahad kerana pada hujung minggu kebanyakan kolej kosong tidak berpenghuni, jadi inilah masa terbaik untuk mereka beraksi.

Ketika itu memang lazim kedengaran suara-suara nyaring pelajar perempuan menjerit ketakutan apabila monyet berjaya masuk kedalam bilik mereka.

Monyet disekitar kolej ini agak ‘degil’ terutama apabila mereka duduk dalam berkumpulan kerana apabila disergah pun mereka tidak beralah malah semakin berani.

Jadi tidak peliklah kalau pelajar nampak sampah berserakan diatas lantai terutama tong sampah utama berdekatan tandas kerana mereka sudah mengagak itu pasti angkara monyet.

Tambahan, cleaner juga terpaksa bekerja keras membuat kerja pembersihan berulangkali bagi menangani masalah yang dibuat oleh monyet.