“Abu ni miang…” Komen Wardina Safiyyah Tentang Isu PU Abu


Pelakon dan personaliti televisyen, Wardina Safiyyah komen mengenai isu PU Abu


By Syafiqah Azman

Masih tidak reda lagi mengenai isu pendakwah bebas yang telah menceraikan isterinya ketika sarat mengandung, kini ramai selebriti hiburan mengkritik tindakan ‘ustaz’ tersebut. 

BACA: Mohon Maaf Tidak Ikhlas, Netizen Bengang Dengan PU Abu

Salah seorang daripadanya adalah aktres dan juga personaliti televisyen, Wardina Safiyyah yang telah memuat naik satu entri di media sosial Instagramnya meluahkan perasaannya mengenai isu tersebut. 


“Si Abu ni miang duk bercinta dengan perempuan lain lepas baru dua bulan berkahwin dan sedang menanti kelahiran cahaya mata sulung,” tulisnya di ruangan kapsyen. 

Tambah pelakon sitkom Spanar Jaya itu, tidak kira ustaz ataupun tidak, ia tidak berbaloi buat sesuatu institusi keluarga itu berpecah-belah hanya kerana seorang wanita dan ingin mengejar nafsu yang tidak pernah kenal erti puas. 

“Lepas tu suruh mereka sabar demi agama dan demi pahala sedangkan hang gembira melayan nafus. Eloklah tu," jelasnya.


Sementara itu, Wardina atau nama sebenar Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot, 39, turut mendoakan agar PU Abu dibukakan hati dan matanya oleh Allah SWT dalam menangani isu ini. 

Tidak ketinggalan, Wardina turut meninggalkan pesanan buat Hana Azra, wanita yang telah menjadi ‘orang ketiga’ dengan menyatakan bahawa ia sama sekali tidak berbaloi untuk seseorang wanita memusnahkan kebahagiaan orang lain hanya untuk dirinya sendiri. 

Betul la, sanggup ke berbahagia atas kesengsaraan orang lain? Kalau perkara tersebut kena kat batang hidung sendiri satu hari nanti, macam mana? Ha, ingat dunia ni berputar tau! 

Dalam masa yang sama, Wardina turut memberi pesanan agar para lelaki di luar sana lebih menghargai dan menghormati wanita. Bukan gunakan hadis hanya untuk memberi justifikasi terhadap sikap ‘gatal’ mereka sahaja. 

Selain Wardina, penyampai radio Era iaitu Haniff Hamzah turut memuat naik satu posting di Twitter dengan menyuarakan pendapatnya mengenai isu ini. 


“PU Abu, bro lu diam je la. Bodoh gila kau ni. Ini tak ada back story dah,” tulis Haniff. 

Memang rata-rata ramai yang meluahkan rasa ketidakpuasan mereka mendengarkan penjelasan dari PU Abu ya? Mungkin ini boleh dijadikan satu pengajaran buat mereka di luar sana. 

Tak semua orang yang berkopiah dan berjubah baik, betul tak? Tepuk dada, tanya iman, gitu. 

Apa pun, kita doakan yang terbaik buat mereka dan doakan juga buat wanita-wanita di luar sana yang sering ditindas oleh kaum lelaki yang menggunakan kuasa ‘veto’ mereka sesuka hati.