Hampir putus jari gara-gara Beyblade


Hadi hampir putus jari - Gambar Facebook


By Nadhirah Sofea Rashid

Permainan Beyblade kembali menjadi rebutan kanak-kanak!

Kalau anda perhatikan dalam sosial media, pelbagai ragam anak-anak yang dikongsikan ibu bapa mengenai Beyblade ni. Ada yang sampai menangis mahukan Beyblade.

Tapi, satu insiden ni anda mesti seriau tengok.

Seorang kanak-kanak hampir putus jari gara-gara Beyblade!

Ish, macam mana sampai boleh hampir putus jari ni?

Ibu kepada budak tersebut, Afzalizah Azizan berkongsi di laman Facebooknya.

Dikatakan, anak lelakinya, Hadi sedang membaiki permainan Beybladenya yang tersangkut.

Hadi membaiki Beybladenya itu dengan mengunakan sebilah pisau.

Keseronokkan bermain tiba-tiba menjadi tragedi apabila jari Hadi hampir putus gara-gara terhiris pisau yang digunakan untuk membaiki Beyblade.


"Ibu tak beli, di kata ibu kedekut. Ibu tak beli, di kata ibu jahat.  Ibu tak beli, di kata ibu tak sayang. Kalau Bayblade ni tak de, mungkin benda ni tak jadi," ujar ibunya dengan nada sedih.

Menurut perkongsiannya di Facebook, Afzalizah juga ditahan di wad selama setengah jam gara-gara pengsan!

Ibu mana yang tak panik bila anak berlumuran darah, betul tak?!

Afzalizah berkongsi insiden ini kerana dia mahu ibu bapa yang lain peka terhadap aktiviti yang dilakukan oleh anak masing-masing.

"Liza share benda ni, supaya mommy-mommy alert ya. Bila sel-sel budak sedang berhubung, pisau pun diorang berani semata-mata nak baiki Beyblade," ujarnya.

Anda pun dinasihatkan berhati-hati, okay!