Aizat Amdan Bakal Jadi Pengarah Filem?


Penyanyi, Aizat Amdan bakal keluar filem pendek


By Syafiqah Azman

Dengar cerita penyanyi berbakat seorang ni dah mula mengarah filem? Betul ke? Boleh tak mengarah tu? 

Penyanyi, Aizat Amdan atau nama sebenar Muhammad Aizat Amdan, 30 dikatakan sudah mula mengarah sebuah filem pendek yang turut dilakonkan sendiri.

Menerusi media sosial Instagram, Aizat telah memuat naik satu ‘teaser’ atau video pendek menunjukkan sedikit sedutan mengenai filem pendek yang bakal dikeluarkan pada 26 April ini. 


Macam tak sabar pula nak lihat filem pendek pertama arahan Aizat ni! Bukan senang tau nak mengarah walaupun ia hanya satu filem pendek. 


Rata-rata netizen meninggalkan komen menyatakan rasa teruja mereka ingin melihat filem pendek yang dihasilkan oleh penyanyi lagu Hanya Kau Yang Mampu. 

Tidak ketinggalan ada juga netizen yang menyatakan ‘scene’ teaser tersebut merupakan sekolah yang sama dengan muzik video Susun Silang Kata oleh penyanyi tersebut. 

Hebat betul mata netizen ni ya? Mungkin juga benar Aizat membuat ‘shoot’ di sekolah yang sama, betul tak?

Tapi ni bukan gimik untuk single terbaru ke apa kan? Sebab rindu juga nak dengar lagu-lagu daripada Aizat. Mana tahu dalam filem pendek ni ada single terbaru Aizat juga kan? Macam 2 dalam satu la orang cakap! 

Apa pun buat mereka di luar sana jangan ketinggalan untuk saksikan filem pendek arahan dan lakonan Aizat Amdan sendiri pada 26 April ni ya! Standby depan telefon pintar anda siap siap!