Syoknya Raya Bersama Bazaar Raya Kuala Lumpur 2019


Barisan hos yang bakal memeriahkan Bazaar Raya Kuala Lumpur 2019


By Syafiqah Azman

Tinggal beberapa hari sahaja lagi bulan mulia, Ramadhan bakal mengunjung tiba. Jadi sudah pasti ramai yang sibuk dengan persiapan Raya nanti, betul tak? Baju la, kuih muih, kerepek dan segala persiapan. Mana sempat nak pergi cari lagi-lagi kalau yang dah bekerja!

Jangan risau kerana tahun ini, satu bazaar bakal diadakan secara besar-besaran di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) iaitu Bazaar Raya Kuala Lumpur 2019 (BRKL2019). 

Bazaar yang bakal berlangsung selama 20 hari ini bakal menyediakan pelbagai pengisian menarik buat pengunjung dan tidak ketinggalan BRKL kali ini bakal dipenuhi dengan produk buatan tempatan. 

Ha menarik tak? Tak payah pusing kepala nak pergi sana sini, pergi sahaja ke BRKL semua ada! 

Selain daripada bazaar yang paling lama bakal diadakan, BRKL juga bakal menampilkan barisan selebriti popular yang turut membuka ‘booth’ seperti bintang drama Nur 2, Syafiq Kyle dan Amyra Rosli 

Bukan itu sahaja, malah nama-nama popular seperti Datuk Aznil Haji Nawawi, Siti Sarah, Zara Zya, Alif Satar, Datin Alyah, Datuk Hattan serta Aiman Tino turut bakal memeriahkan BRKL. 

Dengar pun macam tak sabar kan nak pergi. Macam-macam artis ada! Mana tidaknya, dengar cerita daripada 30 artis, pihak penganjur nak naikkan jadi 50 artis! 


Pengarah BRKL iaitu Shawn Zain berkata bahawa selain barisan selebriti yang bakal turut bersama dalam bazaar tersebut, mereka bakal dihiburkan dengan persembahan dan juga hos popular tanah air. 


“Saya percaya dengan adanya barisan pengacara popular yang telah bersetuju menyertai bazaar ini, mereka akan lebih menghangatkan bazaar ini dengan celoteh mereka,” katanya. 

Shawn ditemui ketika sesi sidang media Bazaar Raya Kuala Lumpur 2019, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Isnin petang. 

Barisan hos pun memang cukup mengancam! Memang penat dengan gelak tawa sahaja la nanti bila di sana. 


Antara barisan hos yang bakal menghiburkan pengunjung adalah Didie Alias, Achey, Amyza Aznan, Roslan Shah, Enot dan juga Arja Lee. 

Tapi mesti ramai fikir malas nak pandu kereta dalam keadaan kesesakan lalu lintas, betul tak? Jangan risau kerana BRKL menyediakan satu perkhidmatan pengangkutan buat pengunjung. 

Apa yang anda hanya perlu buat adalah memuat naik aplikasi Nuccar di Google Play atau Apple Store dan boleh memilih perkhidmatan pengangkutan yang anda mahukan. 

Ha senang kan? Tak payah nak hadap kesesakan jalan raya, lepastu nak cari parking lagi. Buat stress diri sahaja, betul tak? 

Apa pun, jangan ketinggalan untuk hadirkan diri anda ke Bazaar Raya Kuala Lumpur 2019 (BRKL2019) yang bakal berlangsung pada 16 Mei sehingga 4 Jun ini. Barulah syok raya anda tahun ini!