PM: kerajaan akan mengkaji sistem kuota untuk program matrikulasi


Perdana Menteri berkata perkara ini akan dikaji. -Pic from Google


By Huzraifah Atikah

ini merupakan salah satu permulaan perubahan yang baik untuk sistem pendidikan Malaysia. 

Menurut Malaysiakini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan akan mengkaji semula sistem kuota yang digunakan untuk program matrikulasi pra-universiti. 

"Kami akan mengkaji masalah ini," katanya ketika ditemui di Putrajaya pada pagi, April 22.

Itu lah jawapan yang diberi oleh Mahathir apabila ditanya mengenai pemimpin Pemuda DAP yang mencadangkan supaya sistem kuota perkauman untuk program dimansuhkan

Sebelum ini, Menteri Pelajaran Maszlee Malik dilapor mengatakan bahawa polisi yang menempah 90 peratus tempat untuk pelajar bumiputera akan kekal. 

Bagaimanapun, menteri pendidikan menambah bahawa kabinet akan mengkaji sama ada lebih banyak tempat harus diperuntukkan bagi bukan bumiputera. 

BACA: Education Ministry needs to sort out Matriculation issue.

Pengambilan pelajar tahunan untuk program matrikulasi adalah 25,000, di mana 2,500 kerusi diperuntukkan untuk pelajar bukan bumiputera. 

Maszlee berkata dalam satu kenyataan pada Jumaat lalu bahawa 2,200 dan 1,000 kerusi yang diperuntukkan masing-masing untuk pelajar India dan Cina dalam program itu adalah "satu inisiatif", hanya untuk tahun lepas. 

Ia berdasarkan keperluan semasa dan melibatkan kerusi yang diperuntukkan di bawah kuota bumiputera yang belum diisi. 

Namun begitu, bekas Menteri Pendidikan menidak kenyataan itu dan menerangkan ianya bukanlah "satu inisiatif" tetapi ia adalah perubahan tetap yang telah diubah dibawah kepimpinan kerajaan BN sebelum kerajaan PH mengambil alih kuasa.