Mona Allen Hampir Lemas, Netizen Komen Lebih Baik Lemas Sahaja...


Aktres Mona Allen hampir lemas, Nazim Othman jadi hero


By Syafiqah Azman

Aktres jelita Mona Allen berkongsi pengalamannya hampir lemas di laut sewaktu menjayakan sebuah babak dalam sebuah drama berjudul Lara Syakila. 

Menerusi media sosial Instagram, Mona atau nama sebenar Munna Hafiraneza Allen, 34 telah memuat naik satu entri berserta kapsyen menyatakan dia  sekarang berada dalam keadaan baik-baik sahaja. 

 

“Ya, saya okay #hampirlemas,” tulisnya. 

Manakala, menerusi Instagram aktor Nazim Othman yang merupakan pelakon utama drama tersebut telah memuat naik satu video menunjukkan aksinya menyelamatkan Mona ketika kejadian hampir lemas itu. 


“Syukurnya semua okay. Tadi Mona Allen hampir mati lemas masa shooting, kitaorang cuak gila,” jelas Nazim. 

Difahamkan isteri kepada pelakon Pekin Ibrahim itu mengalami kekejangan otot di bahagian kaki menyebabkan dia tidak dapat berenang dan hampir lemas. 

Alhamdulilah Mona selamat dan tiada sebarang kecederaan yang serius. Seram juga ya kalau perkara macam ni jadi dekat set pengambaran. 

Barisan pelakon bagi drama Lara Syakila terbitan RTM

Mona dan Nazim kini sedang menjalani pengambaran bagi drama Lara Syakila di Pulau Langkawi, Kedah bersama barisan pelakon yang lain seperti Ben Amir dan juga Yuna Rahim. 

Namun, di ruangan komen posting Nazim, segelintir netizen menyatakan bahawa adegan itu hanyalah satu gimik kerana kedengaran suara pengarah melaungkan ‘action’ serta Mona yang kelihatan membetulkan rambutnya ketika detik ‘cemas’ itu.