Golongan overweight, elakkan diri daripada hiking


Anggota Bomba mengambil masa lebih empat jam dalam operasi menyelamat - Gambar Google


By Nadhirah Sofea Rashid

Hiking, junggle trekking atau aktiviti mendaki kini menjadi minat ramai. 

Selain daripada pemandangan indah di puncak, hiking juga dilihat sebagai satu senaman untuk mengekalkan stamina badan.

Namun, bukan semua orang mampu aktiviti mendaki ini.

Terdahulu, seorang wanita seberat 137kg terkena serangan asma dan kejang di kedua-dua belah kali sewaktu jungle trekking di Hutan Simpan Seksyen 9, Kota Damansara.

Wanita itu walaubagaimana pun berjaya dibawa turung setelas diusung bergilir-gilir oleh 16 anggota bomba selepas lebih empat jam operasi menyelamat.

Komander Operasi, Rosdi Hainan berkata, oleh kerana jarak untuk ke laluan utama sejauh lebih dua kilometer dan berat mangsa dianggarkan 137kg, semua 16 anggota serta pegawai bomba yang terbabit operasi itu terpaksa bergilir-gilir mengusung mangsa.

“Kami berhenti rehat beberapa kali berikutan keadaan trek berbukit membuatkan usaha membawa keluar agak sukar dan memenatkan.

“Mangsa hanya berjaya dibawa keluar dari kawasan itu dan kemudian diserahkan kepada pasukan paramedik Hospital Sungai Buloh yang sudah menunggu di jalan utama bagi mendapatkan rawatan susulan di hospital berkenaan,” katanya.

Kejadian ini menjadi sebutan ramai netizen sampai ada yang kata orang gemuk takpayah hiking!

Memandangkan isu ini hangat diperkatakan, jurulatih kecergasan Zainul di laman Twitternya terpanggil untuk menjelaskan mengapa golongan overweight tidak sepatutnya melakukan aktiviti ini.

Bagi pendapatnya, orang yang mempunyai berat berlebihan tidak digalakkan hiking. 

"Ini yang aku selalu pesan, kalau overweight, jangan join hiking sampai capai berat yang ideal. Hiking ada high impact activity, terutamanya sewaktu turun yang memberi impak kepada ligamen dan sendi.

"Kalau ada idea nak ajak kawan overweight hiking, please don't," ujarnya.

Rata-rata netizen turut memberi info sekiranya ingin membuat aktiviti hiking.

Syafiq Ali, seorang pengguna Twitter berkata banyak persiapan harus dilengkapkan sebelum melakukan aktiviti.

"Kadang-kadang kita kena ukur baju di badan sendiri. Sebelum nak mendaki, kena study lebih pas route tempat tu.

"Kalau perlu training, training lah terlebih dahulu. Setiap orang boleh sampai puncak, bezanya macam mana cara kita sampai," ujarnya.

Walau bagaimanpun, tidak dinafikan sebahagian golongan overweight ini bersemangat untuk menguruskan badan dengan cara hiking.

Namun, harus diingatkan risiko aktiviti mendaki boleh membawa kepada kecederaan pada jangka masa panjang.