Menteri Pendidikan: 23 biasiswa yang masih dibuka untuk para pelajar


Masih banyak biasiswa yang boleh dipohon oleh para pelajar


By Huzraifah Atikah

Mungkin ramai yang masih tertanya-tanya berkenaan biasiswa mana yang masih dibuka dan boleh dipohon oleh para pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran sama ada didalam atau luar negara. 

Segelintir pelajar atau para ibu bapa juga bertanyakan terus soalan ini kepada Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik melalui Facebook atau pun emel peribadinya. 

Maszlee telah menjawab soalan berkenaan biasiswa ini di Facebooknya.

"Ramai yang hantar emel dan PM bertanya tentang biasiswa yang boleh mereka mohon untuk melanjutkan pengajian bagi tahun ini.

“Untuk memudahkan, saya senaraikan di sini semua biasiswa yang sedang dibuka dan boleh dimohon sekarang. Saya lampirkan juga pautan untuk membuat permohonan," kata Maszlee.


Berikut ialah 23 biasiswa di dalam negara yang dibuka untuk permohonan:

1. Sabah State Govt. Scholarship

Tarikh tutup: April 25, 2019

2. MREPC Scholarship Award

Tarikh tutup:  April 26, 2019

3. Genting Malaysia Scholarship

Tarikh tutup: April 26, 2019

4. Gamuda Scholarship

Tarikh tutup: April 28, 2019

5. Tunku Abdul Rahman Scholarship (BTAR)

Tarikh tutup: April 30, 2019

6. Fair & Lovely Scholarship 

Tarikh tutup: April 30, 2019

7. Yayasan Wah Seong Scholarship Award

Tarikh tutup: May 17, 2019

8. Hong Leong Foundation Scholarship 

Tarikh tutup: May 31, 2019

9. Senheng Education Assistance Programme 

Tarikh tutup: May 31, 2019

10. Great Scholarship British Council 

Tarikh tutup: May 31, 2019

11. Jeffrey Cheah Foundation-Monash Equity Scholarship

Tarikh tutup: Jun 7,  2019 (July intake), Sept 13, 2019 (October intake)

12. Penang Future Foundation Scholarship 

Tarikh tutup: Jun 20, 2019

13. Cagamas Scholarship Award 

Tarikh tutup: Jun 28, 2019

14. JPA Scholarship (9A+ Sponsorship Programme)

Tarikh tutup: Jun 30, 2019

15. OCBC Scholarship

Tarikh tutup: Jun 30, 2019

16. Yayasan Tan Sri Lee Shin Cheng Scholarship

Tarikh tutup: Julai 31, 2019

17. AIMST Pre-University & Diploma in Nursing Scholarships 

Tarikh tutup: Dec 31, 2019

18. IUKL Scholarship

Tarikh tutup: Dec 31, 2019

19. Top Glove Scholarship 

Tarikh tutup: Dec 31, 2019

20. Karangkraf Scholarship 

Tarikh tutup: Dec 31, 2019

21. Amcorp Study Grant

Tarikh tutup: Dec 31, 2019

22. Sunway Medical Centre Nursing Scholarship

Tarikh tutup: Dec 31, 2019

23. Yayasan Universiti Malaysia Scholarship

Tarikh tutup: Dec 31, 2019

Maszlee berharap agar semua pihak mendapatkan bantuan yang sewajarnya melalui biasiswa-biasiswa ini.

"Kami di KPM juga sedang berusaha keras untuk melibatkan lebih banyak pihak dan industri yang boleh menawarkan lebih banyak biasiswa kepada anak-anak kita," kata Maszlee.

Selain daripada itu, untuk mendapatkan maklumat terkini tentang biasiswa yang dibuka untuk permohonan, sila layari disini