Sharnaaz Ahmad Bidas Syed Saddiq Ingin Bawa BTS Ke Malaysia


Sharnaaz luah rasa tidak setuju terhadap tindakan Syed Saddiq ingin membawa BTS ke Malaysia


By Syafiqah Azman

Aktor Sharnaaz Ahmad menolak tindakan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dengan keputusannya ingin membawa kumpulan K-Pop, Bangtan Boys (BTS) ke Malaysia bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2020.  

Menerusi media sosial, Sharnaaz atau nama sebenar Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 33, memuat naik satu posting di Instagram story menyatakan pendapatnya itu. 


“Kalau aku jadi Menteri Belia, pertama sekali aku bawa masuk Metallica, Blink 182, Avenged Sevenfold, Disturbed,” tulisnya. 

Pelakon drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta ini memberi pilihan kumpulan muzik yang seharusnya Syed Saddiq tumpukan daripada kumpulan K-Pop. 

“Ni apa? Kpop? Mak hang,” sambungnya dalam entri yang sama. 

Mungkin Sharnaaz kurang meminati muzik daripada Korea Selatan tapi ada cara yang lebih baik untuk memberi pendapat, tak begitu? 

Bagaimanapun, entri tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen kerana kumpulan K-Pop BTS merupakan satu kumpulan yang kini ‘hit’ di seluruh negara. 


“Sharnaaz ni nak sangat jadi ‘cool’ dan relevan. Tak ‘cool’ pun,” tulis salah seorang netizen. 

Kalau tak minat K-Pop tak apalah, tak payah dengar betul tak? Apa pun, kalau benar Syed Saddiq nak bawa masuk BTS ke Malaysia, tak sabarnya!