'Hidup saya suka hati saya lah....' - Jelas Fathia Latiff Pasal Buang Tudung


Fathia Latiff engan berpura dalam hidup, buat keputusan buka tudung


By Syafiqah Azman

Aktres yang tidak lepas dari kontroversi, Fathia Latiff kini sudah tidak berhijab kerana enggan hidup dalam satu kepura-puraan. 

Menerusi laman sosial Instagram, Fathia atau nama sebenar Nur Fathia Latiff, 32 sudah memadam kebanyakan gambarnya dan memuat naik gambar baru berserta penampilan barunya itu. 


Manakala di Instagram story, Fathia turut memuat naik beberapa gambar menunjukkan penampilannya ketika di satu peragaan fesyen, Minimal Lace di Kuala Lumpur semalam. 


“Ini hidup saya, suka hati saya lah nak buat apa,” kata Fathia menerusi BH online. 

Dirinya yang sering kali menerima cacian dan makian orang ramai menyatakan bahawa dia sudah tidak lagi memikirkan perkara tersebut kerana sudah lali. 

“Lebih baik saya bersikap jujur daripada berpura-pura. Apa yang penting saya gembira dan kembali bersemangat untuk hidup,” tambahnya lagi. 

Jelasnya lagi dia yang tidak mampu istiqomah menganggap itu adalah sedikit sebanyak kekurangan yang perlu diperbaiki bagi dirinya. 

Benar, ia bukan mudah untuk seseorang itu istiqomah dalam melakukan kebaikan, jadi kita doakan sahaja yang terbaik buat Fathia dan semoga segalanya dipermudahkan.