Misteri bangun pagi sesak nafas akhirnya diselesai


Lomphonten semakin menyayangi Achi


By Huzraifah Atikah

Seorang lelaki dari Thailand bernama Lomphonten sering mengalami sesak nafas apabila bangun daripada tidur. 

Nak di jadikan cerita, lama-kelamaan dia merasakan dia patut menyiasat apa yang berlaku ketika dia tidur. 

Lomphonten nekad memasang kamera berdekatan katilnya untuk merakam suasana bilik tidurnya dan untuk melihat sendiri apa yang terjadi kepada dirinya semasa dia nyenyak tidur. 

Namun, hasil pemeriksaannya pada keesokan hari setelah melihat rakaman kamera membuatkan dia tergelak sendiri. 

Apa yang dia dapati memang di luar jangkaannya! 

Rupanya selama ini kucing kesayangannya yang bernama Achi telah tidur di atas mukanya!

Memang kelakar gelagat Achi ni, cuba tengok sendiri gambar-gambar ni. 

Mula-mula Achi perhatikan dahulu Lomphonten...


Menurut Lomphonten, Achi akan memastikan sama ada dia betul-betul telah lena tidur dengan menyentuh muka Lomphonten beberapa kali. 


Setelah Achi pasti tuannya itu telah tidur dengan lena, ia akan terus melentokkan badannya ke muka Lomphonten.




Dia berkata, “Walaupun saya merasa tidak selesa apabila bangun tapi saya akan membiarkan Achi terus tidur seperti itu.”

“Saya rasa Achi amat menyayangi saya, sebab itulah dia tidur macam tu,” kata Lomphonten.


Pintar sungguh Achi ni, Lomphonten ni memang jenis tidur mati agaknya, tu yang tak perasan perbuatan Achi.