Masakan Thailand Penuhi Citarasa di Bulan Ramadan Hanya di Chakri Palace


Masakan Thailand yang asli hanya di Chakri Palace, Dorsett Hartamas


By Syafiqah Azman

Kalau anda mahukan kepuasan menikmati masakan Thailand pada bulan Ramadan akan datang, jangan ketinggalan untuk singgah ke Chakri Palace Sky View Dorsett Hotel Hartamas! Bufet yang disediakan bukan sahaja tertumpu kepada masakan Thailand malah masakan tempatan turut disediakan. 

Bermula dari 13 Mei, pengunjung boleh menikmati masakan istimewa yang disediakan kumpulan Chef handal, diturunkan dari negara Thailand sendiri. Haa menarik tak? Anda boleh merasai sendiri air tangan orang Thailand.

Ada lebih 50 jenis makanan termasuk kegemaran ramai seperti ulam-ulam dan kerabu. 


Siapa sahaja yang tak suka makan kerabukan? Kali ini, bukan setakat kerabu mangga sahaja, malah kerabu betik juga ada bersama makanan popular Thailand yang dijadikan sebagai pembuka selera iaitu ‘Mieng Kam’, Samosa dan juga Popiah Thai ranggup serta Mee Hoon goreng Thai. 

Dengar pun macam dah terliurkan? Tak sabarnya! 


Tidak lengkap sesuatu makanan Thailand itu kalau tiada Tomyam. Haa kalau anda nak tahu, tomyam yang biasa kita dapat dekat kebanyakan gerai memang lain dengan Tomyam asli Thailand! Rasa dia memang kaw-kaw! Boleh terangkat beb!

Jadi, anda boleh dapatkan Tomyam Seafood asli Thailand hanya di Chakri Palace! 


Selain Tomyam menjadi hidangan utama, para pengunjung turut dihidangkan dengan hidangan lain seperti daging kambing masak kari hijau, ‘salted-egg’ udang dan sotong, daging masak lada hitam dan juga ikan masak asam manis. 

Mungkin pada anda ini biasa sahaja, ha ada lagi yang best! Chakri Palace turut menyediakan masakan popular Malaysia iaitu Nasi Beriani bersama lauk Rendang Daging Tok, Masak Lemak Gulai Daging dan juga Ayam Kapitan.