Gejala buli perlu dibanteras!


Kanak-kanak dibuli dan dipukul - Gambar Google


By Nadhirah Sofea Rashid

Keseronokkan seorang budak bermain di sebuah taman di Taman Pusat Kepong bertukar menjadi mimpi ngeri apabila dipukul dan dibuli!

Dikatakan budak tersebut didatangi seorang remaja yang mengusiknya tanpa sebab.

Lebih menjengkelkan lagi apabila badan budak ini mempunyai kesan lebam akibat genggaman yang kuat.

Dikatakan pembuli merupakan seorang pelajar sekolah menengah.

Lihat video di bawah:


Gejala buli bukan satu perkara yang jarang berlaku di Malaysia.

Saban hari kita menyaksikan kes-kes buli yang berlaku bukan sahaja di Malaysia, malah di serata dunia.

Gejala buli ini tidak boleh dipandang rendah kerana ada sesetengah kes buli yang membawa maut.

Mengikut statistik, sebanyak 3,011 kes buli dilaporkan pada 2015 dan jumlah kes meningkat sehingga 3,488 kes pada 2016 sebelum turun kepada 2,795 kes pada 2017.

Biarpun ada penurunan, namun gejala buli masih terjadi dan tindakan proaktif perlu dilakukan bagi membanterasnya.

Pihak berkuasa perlu mencari punca mengapa sesetengah remaja berkelakuan ganas.

Menurut Naib Pengerusi Kanan, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye, kes buli boleh dikurangkan jika pendekatan holistik diambil.

Kementerian Pelajaran dengan bantuan guru dan kaunselor, perlu mengenal pasti pelajar yang terdedah kepada keganasan dan memulakan program kaunseling intensif.

Langkah ini bukan hanya untuk menyelamatkan mangsa buli, tapi untuk pembuli itu sendiri. Pembuli itu perlu sedar yang dia sedang merosakkan masa depannya sendiri.

Ada baiknya sekira pihak sekolah atau universiti berkeras dengan masalah disiplin seperti ponteng kelas, salah laku dan pergaduhan kerana ia merupakan bibit-bibit permulaan kepada masalah buli dan keganasaan.

Semua pihak perlu melihat kelemahan masing-masing dan mengambil langkah untuk menanganinya dengan baik.