Pak Ya Bukan Pendendam, Lan Pet Pet Ingin Bawa Pak Ya Tunai Umrah


Sumber: Instagram (@lanpetpet)


By Syafiqah Azman

Seorang pengawal keselamatan yang menjadi mangsa pukul kepada pelawak terkenal, Lan Pet Pet dalam insiden 6 April lalu, Yahya Manaf atau Pak Ya mendedahkan bahawa dia sudah pun menerima permohonan maaf yang telah dilakukan oleh pelawak tersebut. 

BACA: Pelawak Terkenal Belasah 'Guard Tua' 


Dalam pertemuan empat mata di sebuah premis malam semalam, Lan Pet Pet atau nama sebenar Mazlan Ahmad, 50 telah memohon maaf kepada Yahya, 68 dan permohonannya telah disambut dengan baik. 

“Saya maafkan Lan….ini bukan kerana wang tapi keinsafan dirinya membuka hati saya memaafkannya,” jelas Pak Ya menerusi BH online. 

Tambah Pak Ya lagi, bersempena dengan bulan Ramadhan yang hampir tiba, lebih elok jika mereka berbaik daripada memanjangkan hal berkenaan. 

Betul la tu, buang yang keruh ambil yang jernih kan? Tak lama lagi pun nak puasa.

Pak Ya yang mengakui dirinya bukan seorang pendendam menyatakan bahawa pertemuan yang diadakan itu membuatkan segala yang dilakukan Lan pada ketika itu terlerai. 

Sementara itu, Mazlan yang mengakui kesilapannya berjanji tidak akan mengulangi perkara tersebut setelah menerima pesanan daripada Pak Ya sendiri. 

“Saya sedih dan insaf, saya berjanji akan menjaga Pak Ya dan keluarga. Saya juga merancang ingin membawa Pak Ya dan isteri menunaikan umrah di Makkah,” jelas Mazlan. 

Namun, menerusi media sosial Instagram, Mazlan dilihat memuat naik satu posting seakan-akan ditujukan kepada warga netizen yang  tidak putus-putus mengutuk dirinya. 


"Nak kutuk, kutuklah. Biar sampai puas, satu sahaja nak cakap, terima kasih sebab transfer pahala awak dekat saya." 

Sudah-sudah la tu, Mazlan sudah pun mengaku salah betul tak? Dan Pak Ya pun sudah memaafkan Mazlan. Apa yang penting sekarang adalah supaya perkara begini dijadikan sebagai pengajaran buat mereka di luar sana supaya tidak melepaskan kemarahan sesuka hati. Betul tak? 

Terdahulu, pada 15 April lalu, Mazlan dikenakan denda sebanyak RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Seksyen selepas mengakui kesalahannya memukul Pak Ya yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di Acacia Park Desa Jati, Nilai, Negeri Sembilan. 

BACA: Lan Pet Pet Didenda, Che Ta Anggap Ini Semua Fitnah