Sentuhan Dangdut, Nafas Baru Estranged ‘Mau’ Bersama Jenita Janet


Estranged beri nafas baru buat peminat, keluar single judul 'Mau' bersama Jenita Janet


By Syafiqah Azman

Pernah terbayang atau tidak kumpulan Estranged akan bawakan sebuah lagu yang mempunyai sentuhan dangdut? Macam pelikkan, penyanyi yang sudah biasa dengan genre Pop Rock seperti lagu Aurora dan Itu Kamu menghasilkan lagu pop yang punya sedikit sentuhan dangdut. 

Pada Rabu, Estranged telah mengeluarkan single terbaru mereka berjudul ‘Mau’ iaitu duet bersama Jenita Janet, penyanyi, pelakon dan juga pengacara daripada Indonesia. 


Kolabarasi pertama Estranged bersama penyanyi dan bintang Indonesia ini merupakan satu perkara yang bermakna kerana ia baal menampilkan kelainan bagi kumpulan Pop Rock tersebut. 

“Kami mengambil masa lebih kurang setahun untuk mengeluarkan single ini kerana terikat jadual padat kedua-dua belah pihak iaitu Janet dan juga Estranged sendiri,” jelas Din Hormatov, gitaris Estranged. 

Apabila ditanyakan mengenai pemilihan judul single yang menggunakan ‘Mau’ daripada ‘Mahu’, vokalis, Rich atau nama sebenar Richael Lawrence Gimbang menyatakan ia adalah kerana elemen-elemen percintaan dalam lagu tersebut. 


“Apa lagi yang kita mahu dalam sebuah percintaan, macam tu. Dari segi ejaan pula ‘mahu’ kedengaran lebih formal tapi kalau secara santai kita guna ‘mau’ sama juga macam di Indonesia,” jelasnya. 

Estranged bersama Jenita Janet telah ditemui di satu sidang media mengenai single terbaru ‘Mau’ di Drum Asia Studio, Kota Damansara. 

Idea untuk berkolabarasi bersama Janet tercetus apabila mereka berdua terjumpa di Bandung café, Indonesia dan sama sekali tidak tmenyangka  bahawa kedua-duanya adalah penghibur seni hiburan. 

Ternyata memang tuah buat Estranged dan Janet ya? Siapa sangka dari satu perjumpaan yang biasa terus dapat berkolabarasi bersamakan?


Buat Janet pula, pertama kali berkolabarasi bersama dengan penyanyi Malaysia, dia pada awalnya berasa tidak yakin kerana genre muziknya dengan Estranged yang sama sekali jauh berbeza iaitu Pop Rock dan Dangdut. 

"Pada awalnya tidak yakin..., kerana Janet 'happy go luck' suka joget-joget tapi mereka lagu Rock dan hanya 'deep' begitu," jelas Janet. 

Namun, ketika mendengar lagu Mau yang ditulis sendiri , Rich, Janet percaya bahawa  lagu tersebut memiliki kelainan serta memiliki sentuhan dangdut yang mampu menarik  perhatian pendengar bukan sahaja dari  Malaysia, bahkan Indonesia juga. 

Kalau difikirkan balik, memang kelakar juga bila Estranged umumkan mereka akan bawakan lagu dangdut,  tapi bila dah dengar lagu Mau ini, ternyata komposis dan sususn muzik lagu ini memang rancak dan unik. Malah tak lari jauh dengan hala tuju muzik Estranged sendiri. 

Dalam masa yang sama, Estranged berkongsi bahawa mereka akan membuat persembahan pertama di Indonesia pada Sabtu ini bersama Jenita Janet di Elthikong Kalimantan, Indonesia. 

Bagi mereka yang belum dengarkan lagi single terbaru Estranged featuring Jenita Janet, dengarkan di bawah ini!