‘Lepas beraya boleh pergi swimming’ – Suami Nabila Huda Komen Fesyen Kurta Ketat


Suami Nabila Huda Kritik Fesyen Kurta Ketat, Macam Gaya Nak Pergi Swimming


By Syafiqah Azman

Suami kepada aktres Nabila Huda, Mohd Izwan Johar baru-baru ini mengkritik  fesyen kurta ketat yang menampakkan susuk tubuh ketika ia diperagakan model di satu peragaan fesyen. 

“Ni kalau bosan-bosan time raya, boleh terus pergi swimming,” komennya. 

Menerusi media sosial Instagram, anak kepada penyanyi Search, Nabila telah memuat naik beberapa buah klip video di Instagram story menunjukkan komen suaminya terhadap fesyen pelik itu. 


Mesti korang pun dah tengokkan fesyen kurta ketat tu? Memang pelik betul, ada ke orang nak pakai kurta macam tu ketika raya nanti? 

“Pereka tempatan, Anuar Faizal…dia ni nak kena buang negara ke apa,” tambahnya berseloroh. 

Memang geli hati lihat Izwan komen fesyen kurta tersebut. Sampai cakap gaya lepat pisang la cendawan la, aduhai. 


Terdahulu, kecoh di laman sosial mengenai fesyen kurta tersebut apabila segelintir netizen memberi komen bahawa pakaian tersebut sama sekali tidak sesuai digayakan ketika hari raya kelak. 

“Macam swimming suit untuk Muslimah je,” komen salah seorang netizen. 

Memang macam-macam komen dan kritikan yang diberikan oleh warga netizen. Tapi apa pula kata pereka fesyen tersebut? 


Fesyen kurta tersebut diberi nama EidulogyAF oleh pereka fesyen tempatan Anuar Faizal yang juga pernah dikecam satu ketika dahulu kerana rekaan baju raya ‘shirtless’nya. 


Ini kalau pergi beraya rumah saudara atau mak cik mahu kena hambat dengan batang penyapu sebab datang berpakaian macam tu. Pelik-pelik fesyen zaman sekarang ya? 

Idea bagi rekaan fesyen kurta ini tercetus kerana Anuar  sering kali mengembara ke negara luar dan melihat sendiri pilihan fesyen orang sana. 

“Saya banyak travel dan meninjau apa yang praktikal dan menjadi pilihan pengguna,” katanya menerusi mStar online. 

Walaupun sering dikecam kerana idea kreatifnya, Anuar berpendapat bahawa dia tetap berbangga dengan hasil rekaannya kerana telah menarik perhatian ramai dan secara tidak langsung memberi impak kepada dunia fesyen. 

Betul, tiada batasan dalam mengekspresikan idea kreatif tapi mungkin perlu berfikir secara logik apabila membuat satu rekaan supaya ia tidak lari daripada budaya dan adat tradisional kita, betul tak? 

Tapi apa pun, komen Izwan mengenai fesyen kurta ketat ni memang paling win!