Risau spoiler Avengers, boss sewa satu hall untuk pekerja tonton!


Pekerja syarikat tersebut bergambar sebelum menonton - Gambar Facebook


By Nadhirah Sofea Rashid

Filem final Avengers:End Game yang dinanti-nantikan seluruh dunia akhirnya telah pun ditayangkan.

Peminat Avengers di Malaysia juga tidak melepaskan peluang untuk menjadi yang pertama menonton filem ini sampai ada yang sanggup terpacak di panggung wayang seawal 6.30 pagi!

Peh, dashyat sungguh penangan Avengers ni ya!

Kalau anda layari Twitter, Facebook atau Instagram sekarang mesti ada yang bagitahu spoiler mengenai filem yang ditunggu ramai ini.

Mesti anda yang peminat tegar Avengers geram bila ternampak spoiler ni kan?!


Samalah seperti seorang bos ini.

Gara-gara bos di sebuah syarikat di Hong Kong ini tidak mahu pekerja menjadi spoiler, dia menyewa satu dewan pawagam untuk menonton bersama pekerjanya semasa waktu bekerja.

Wah, seronoknya!!

Admin kepada media sosial syarikat tersebut turut berkongsi aktiviti mereka di laman Facebook.

"Ini bukanlah sebahagian daripada benefit syarikat kami, tapi ini cara kami sesuaikan diri dengan situasi. Disebabkan kami perlu menggunakan Facebook, Instagram dan WeChat untuk bekerja, kami berisiko tinggi untuk terlihat spoiler Avengers: Endgame.

"So, semasa kami tengah bekerja, bos setuju untuk book satu hall dan tengok movie ini untuk elakkan spoiler," tulisnya.

Wah, untunglah! Kisah di Malaysia lain pula.

Memandangkan tayangan pertama pada April 24, iaitu hari Rabu, sesetengah peminat tegar sanggup mengambil cuti semata-mata ingin menjadi yang pertama menonton filem ini!

Ha, siapa-siapa yang dah tengok tu kasihanlah yang belum tengok. Jangan jadi spoiler ok!