Spiderman jadi posmen sempena demam Avengers!


Sesi fotografi yang diadakan petang semalam berhampiran Pasar Seni menarik perhatian pengguna jalan raya di sekitar ibu kota - Gambar Pos Malaysia


By Nadhirah Sofea Rashid

Demam Avengers telah melanda seluruh Malaysia termasuklah Pos Malaysia!

Tular di media sosial apabila seorang kakitangan Pos Malaysia memakai kostum adiwara Spiderman.

Wah, betul-betul hebat ni!

Image may contain: one or more people, car, motorcycle and outdoor

Memuatnaik gambar adiwira Spiderman menunggang motosikal di laman Facebook mereka, syarikat itu memberitahu adegan itu mempunyai adegan sendiri.

“Kami mahu mengetengahkan hero kami sendiri dan menggalakkan orang ramai memberikan penghargaan mereka kepada posmen.

“Kerana itulah kami meletakkan tanda pagar #posmenheroku. Kostum Spiderman melambangkan posmen kami sebagai hero sebenar. Posmen adalah teras Pos Malaysia atas kepentingan mereka dalam industri pos," kata jurucakap Pos Malaysia kepada Malay Mail.

Rata-rata netizen memang terhibur dengan aksi kakitangan Pos Malaysia itu. 

Bukan hanya viral, orang disekeliling pun terpukau!