Rizalman Pukau Penonton Dengan Pameran Fesyen Diraja ZALORAYA2019


Datuk Rizalman Ibrahim


By ienaeliena

Sekali lagi dunia fesyen Malaysia digemparkan dengan persembahan peragaan yang memukau para penonton di Chin Woo Stadium. Pereka fesyen yang sering menampilkan rekaan yang menarik dan persembahan yang mengagumkan iaitu Datuk Rizalman Ibrahim telah melancarkan koleksi rayanya di pertunjukan fesyen untuk koleksi raya Zalora 2019. Rizalman merupakan salah satu jenama dari ZALORA sendiri yang menjadi pilihan pelanggan Zalora.

Tidak seperti pertunjukan fesyen biasa yang lain, Pameran Fesyen Diraja Rizalman memang  boleh dikatakan luar biasa dengan kehadiran DYMM Raja Permaisuri Agong XVI dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al- Haj mencemar duli menghadiri acara tersebut untuk menyaksikan pertunjukan fesyen dari Rizalman.


Selain itu Rizalman Ibrahim sendiri turut membuat kejutan luar biasa apabila memasuki pintu utama dengan mengenakan kostum raja yang indah seperti Raja Edward VII, Raja United Kingdom dari Great Britain. Dengan chandelier yang berkilauan tergantung di tengah-tengah landasan yang dibelenggu oleh lampu sorot terang dan permaidani baldu merah-perak yang menutupi semua lantai dan dinding, ia membuatkan penonton berasa seolah-olah seperti mereka  seperti duduk di dalam bilik yang mewah di kediaman istana diraja. Sudah pastinya persembahan beliau memukau semua penonton yang hadir.


Pada tahun ini, Rizalman Ibrahim mendapat inspirasi baru untuk koleksi Rayanya yang mengambil inspirasi fesyen Inggeris Monarki  dan menyatukannya menjadi reka bentuk pakaian tradisional yang amat memukau. Koleksi beliau menampilkan elemen Raja Inggeris ke dalam pakaian Melayu tradisional seperti baju kurung serta baju Melayu dengan enggunakan fabrik berkualiti tinggi.