Pelajar dipaksa musnahkan telefon sendiri selepas kantoi membawanya ke sekolah


Pelajar diarah menggunakan tukul besi


By Nadhirah Sofea Rashid

Siapa pernah diam-diam bawa telefon bimbit ke sekolah? Ha, mesti ada di antara kalian pernah bawa dan kantoikan? 

Antara denda yang dikenakan adalah telefon ditarik pihak sekolah dan ibu bapa dipanggil. 

Tapi lain pula cara di China...

Barangsiapa yang membawa telefon ke kelas, dia akan dipaksa memusnahkan telefonnya sendiri.

Tular di media sosial sebuah video yang memaparkan beberapa pelajar sekolah menghancurkan telefon bimbit mereka dengan menggunakan tukul besi selepas mereka didapati membawa telefon ke kelas.

Berdasarkan video, pelajar yang kantoi membawa telefon beratur ditepi pentas sebelum mengambil giliran masing-masing menghancurkan telefon.

Apa yang lebih memedihkan apabila adegan itu ditonton oleh pelajar-pelajar sekolah yang lain. Aduh, sedihnya!

Bukan sahaja itu sahajar, guru-guru di sekolah tersebut akan periksa dan menghentak telefon tersebut bagi memastikan telefon itu benar-benar hancur.

Lihat video di bawah


Reaksi netizen bercampur baur. Ada yang setuju dengan cara ini, dan ada juga berpendapat bahawa cara ini terlalu kasar!

Agak-agak kalau buat denda macam ni dekat Malaysia ok tak?