Tahniah...Yusry Abdul Halim Dilantik Jadi Pensyarah di FiTa, UITM


Yusry Abdul Halim


Wah! Tak sangka... Pengarah, pelakon dan penyanyi Yusry Abdul Halim yang juga bekas anggota kumpulan KRU telah pun dilantik sebagai pensyarah di pusat pengajian tinggi. 

Hal ini telah pun disahkan Dekan Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTa) Universiti Teknologi Mara (UiTM),  Profesor Datuk A Razak Mohaideen di laman posting instagramnya. 

"Congrats Yusri KRU. Dia kini adalah sebagai daripada tenaga pengajar di Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTa). Selamat datang," katanya. 

Namun pada masa yang sama, Razak Mohaideen tidka menyatakan apakah subjek yang bakal diajar Yusry nanti. Namun, rata-rata netizen menyambut baik pemilihan Yusry sebagai salah seorang pensyartah di FiTa. 

Buat Yusry Abdul Halim, tahniah! 

Sepanjang penglibatan di dalam industri perfilemanm, suami kepada aktres Lisa Surihani ini telah membintangi lebih daripada 10 filem. Antaranya ialah Kuliah Cinta, Hingga Hujung Nyawa, Cinta Kolestrol, Mr Cinderella, Mr Cinderella 2, Rasukan Ablasa dan Lady Boss. 

Manakala filem arahannya pula adalah Cicak-Man, Cicakman 2 - Planet Hitam, Cicakman 3, Hikayat Merong Mahawangsa, Karak, Vikingdom dan Wheely. Keesemua filem itu adalah terbitannya bersama KRU Studios.