Pemilihan Wakil Malaysia ke Sukan SEA Bagi Acara eSports Sudah Bermula


Suka e-Sports


By n'geek

Sebelum ini team YC ada mengulas tentang 6 pingat emas ditawarkan pada kejohanan Sukan SEA ke-30 [Klik:  Sukan Sea 2019 Bakal Tawar 6 Pingat Emas Untuk Sukan e-Sports ] .  Dan kini pihak Kementerian Belia & Sukan (KBS) dan eSports Malaysia (ESM) bergabung untuk mencari wakil-wakil Malaysia bagi sukan tersebut.

Pemilihan ini akan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Kelayakan Peringkat Negeri, Peringkat Akhir Kebangsaan dan khemah latihan. Lima permainan yang telah disahkan akan dipertandingkan di Filipina nanti adalah “Defense of the Ancients (DotA) 2”, ‘Starcraft II”, “Mobile Legends: Bang Bang (MLBB)”, “Arena of Valor (AOV)” dan “Tekken 7”. Bagi permainan ke-6 masih belum diumumkan dan kami menantikan pengesahan dari pihak ESM.


Untuk pemilihan wakil-wakil Malaysia ini akan diadakan di seluruh negara untuk Kelayakan Peringkat Negeri. Bagi peringkat kelayakan ini, pertandingan akan dilakukan secara atas talian. Para pemain akan disenarai pendekkan untuk ke Peringkat Akhir Kebangsaan. Untuk peringkat ini ia akan dimainkan secara atas talian (online). Manakala bagi Peringkat Akhir akan dimainkan secara offline yang akan diumumkan nanti. 

Jadualnya seperti berikut:


Siapa yang layak untuk mewakili Malaysia? Terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 13 tahun ke atas untuk acara pemilihan ini. Bagi peserta yang berumur 18 tahun ke bawah perlu lah mendapatkan persetujuan dari ibu bapa mereka.

Pertandingan ini tidak menawarkan sebarang hadiah jika anda menang tetapi anda mungkin akan terpilih untuk mewakili negara Malaysia ke pertandingan berprestij di peringkat Asia Tenggara. Pasukan/peserta yang akan menyertai khemah latihan dan mempunyai peluang mewakili negara dalam SEA Games. Jadi bagi yang berminat dan rasa mereka mempunyai kepakaran dalam permainan yang disebutkan di atas boleh lah mendaftar pada pautan di bawah:

Dota 2: Daftar sini http://esportsmalaysia.org/seagamesselection/dota.php

Starcraft II: Daftar sini http://esportsmalaysia.org/seagamesselection/starcraft.php

Mobile Legends: Daftar sini  http://esportsmalaysia.org/seagamesselection/mlbb.php

Arena of Valor: Daftar sini http://esportsmalaysia.org/seagamesselection/aov.php

Tekken 7: Daftar sini http://esportsmalaysia.org/seagamesselection/aov.php

Untuk sebarang maklumat lanjut tentang pemilihan ini anda boleh merujuk ke laman web eSports Malaysia di esportsmalaysia.org http://esportsmalaysia.org/seagamesselection/home.php