Bakal Timang Baby Boy, Anzalna Nasir Lancar Produk Bayi Ommey


Anzalna Nasir dan suaminya, Hanif Zaki


Rezeki wanita hamil. Selepas dilantik jadi duta eksklusif produk rangkaian ramuan herba tradisional NR yang dikhususkan untuk wanita yang berpantang dan bersalin, tuah sekali lagi berpihak kepada pelakon Anzalna Nasir apabila dia dan suaminya Hanif Zaki bakal menerima kehadiran cahaya mata lelaki.

Pengumuman itu dibuat bersempena majlis kesyukuran dan pelancaran produk bayi NR keluaran MISB Resources Sdn Bhd, OMMEY, petang semalam. 


Kata Anzalna, semenjak 1993, bapanya telah sejuan lama menunggu kehadiran anak lelaki. 

"Semua  adik beradik adalah perempuan. Cucu lelaki juga belum dapat lagi kerana sebelum ini, kakak saya telah melahirkan tiga anak perempuan," katanya yang kini sedang hamil tujuh bulan dan bayi lelaki itu bakal dilahirkan pada Jun ini.

Memandangkan ia adalah kehadiran bayi lelaki pertama dalam keluarga Anzalna, pastilah kehadiran si kecil itu amat ditunggu-tunggu serta ditatang seperti minyak yang penuh. 

Apapun pelancaran jenama dan rangkaian produk bayi OMMEY ini bukan hanya melibatkan produk berkaitan penjagaan kesihatan bayi, malah barangan kelengkapan meliputi gel mandian, gel lampin dan pencuci botol.


Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syed Hidzir Tan Sri Dato Syed Agil Barakbah berkata, pelancaran rangkaian produk penjagaan bayi NR dengan jenama OMMEY bertepatan dengan pelantikan Anzalna sebagai Duta Eksklusif NR dan merupakan hadiah istimewa yang anugerahkan kepada bayi yang bakal dilahirkan.

Untuk makluman, OMMEY merupakan produk penjagaan bayi yang julung-julung kali dihasilkan dengan formula terbaru hasil kajian dan analisis melalui bahan aktif formulasi dari Jepun. OMMEY telah dihasilkan melalui "Strict R & D process" di mana ianya melibatkan sembilan jenis bahan semulajadi yang berfungsi dalam menjaga dan melindungi kulit bayi secara lembut dan berkesan.


"OMMEY telah mendapat kelulusan pensijilan daripada National Pharmaceutical Regulations Agency di bawah Kementerian Kesihatan, Ecocert dan BP Food Environmental Testing. 99% kandungan bahan aktif OMMEY diformulasikan daripada bahan-bahan semulajadi tanpa campuran bahan kimia berbahaya dan toksik dan sangat sesuai untuk kulit bayi tanpa alergi dan iritasi yang boleh membahayakan kesihatan. 

"MISB Sdn Bhd sangat komited untuk berkongsi dengan pengguna hanya produk terbaik dan berkualiti kepada bayi yang baru dilahirkan dan ibu bapa tidak lagi perlu rasa was-was untuk menggunakan produk bersih, suci dan halal di bawah jenama NR.

“Lebih-lebih lagi, para pengguna kini berpeluang menikmati penjimatan hebat dan berbaloi dengan setiap pembelian Rangkaian Herbanika Bersalin. 


Sebagai duta eksklusif  NR yang dilantik pada 25 Mac lalu, Anzalna akan menggunakan pelbagai variasi produk termasuk Rangkaian Herbanika Bersalin NR, set bersalin yang disediakan hasil rumusan tradisional untuk sesi berpantang, kesihatan bersalin dan kecantikan dalaman. 

Ramuan turun temurun yang berasaskan herba asli daripada hutan hujan tropika itu diproses melalui penggunaan mesin moden dengan taraf piawaian dan ketetapan yang telah ditentukan Kementerian  Kesihatan Malaysia.