Bila masalah parking di UiTM Shah Alam nak selesai?


Parking kolej Melati yang sesak


By Rasyidah Zulkifli

Pelajar, pensyarah dan kakitangan UiTM Shah Alam kini pasti tidak dapat lari daripada menghadapi masalah yang sama -parkir.

Penuh, padat, sempit dan sesak macam tin sardin, begitulah keadaan sebenar kawasan parkir kereta apabila tiba waktu puncak.

Memang payah nak cari tempat parkir kereta kerana tempatnya sangat terhad.


Pihak pengurusan sepatutnya lebih cakna dalam meluaskan lagi tempat meletak kereta bagi mengelakkan masalah sebegini daripada berlaku.

Kadangkala, terdapat aduan daripada pensyarah daripada kampus lain bahawa mereka terpaksa double-park kereta kerana kesuntukan masa.

Pusing sahaja satu universiti belum tentu dapat meletakkan kenderaan dengan selesa, jadi tidak peliklah kalau ramai yang berpusu-pusu untuk datang awal ke fakulti.

Ada juga sebilangan pensyarah dan pelajar lebih selesa untuk menaiki Grab kerana tidak tahan menghadapi "jam" mencari parkir yang belum tentu ada.

Situasi ini sebenarnya memberi gambaran yang tidak cantik kepada pelawat yang datang ke IPTA ini, memandangkan tempat ini sangat besar tetapi parkir kenderaan tidak mencukupi.

Double-park memang amat terkenal dalam kalangan penghuni UiTM ini kerana masing- masing tidak mahu beralah untuk meletakkan kenderaan.

Ianya bergantung kepada nasib masing-masing, jika terselamat pemilik kereta dapat mengelakkan kereta daripada di’clamp’ oleh Polis Bantuan (PB).

Jika nasib pelajar malang, maka terbanglah RM50 bagi membayar saman.

Yang memburukkan lagi keadaan, parkir sebegini sering menimbulkan isu kereta kemek, tercalar dan macam- macam lagi.

Lazimnya, hand-brake kenderaan diturunkan, pemandu hanya sendal tayar kereta dengan batu supaya kereta yang mahu keluar boleh mengalih kedudukan kereta yang double-park.

Nampak leceh, namun itu hakikatnya pelajar perlu akur.