5 Aplikasi Ini Bantu Kamu Tempah Hotel Di Saat Akhir


Aplikasi tempahan hotel


By mr spiky

Masih segar dalam ingatan kami, jika suatu ketika dahulu sekiranya ingin ke sesebuah hotel, pengunjung harus ke hotel tersebut untuk membuat tempahan. Tetapi kini semuanya lebih mudah kerana pengunjung boleh membuat tempahan secara atas talian menerusi laman web hotel yang diinginkan. 

Suka buat perancangan saat akhir? Khuatir hotel akan penuh? Risau akan mahal? Jangan risau, kamu pasti akan berterima kasih pada kami sejurus selepas selesai membaca artikel ini kerana kami akan kongsikan 5 aplikasi tempahan hotel yang akan membantu kamu membuat tempahan tersebut dengan kadar lebih murah!

OYO


Mula bertapak di Malaysia sejak 2017, kini OYO antara aplikasi yang banyak dimuat naik di laman Google Play dan App Store. Selain ‘menumpang’ hotel-hotel ternama dan murah, OYO turut menyediakan bilik khas mereka di sesetengah hotel. Tidak cukup dengan itu, pelbagai potongan diskaun turut disertakan buat pengguna aplikasi ini. 

Terdahulu, aplikasi ini menyediakan khidmat ‘shake’ dimana kamu hanya perlu goncangkan telefon bimbit kamu, dan OYO Hotel berhampiran akan tertera di kaca telefon bimbit kamu. Namun kini, hasil carian kami mendapati kemudahan tersebut telah dinyahaktif.

Zen



Masih baru di Malaysia, namu siapa sangka Zen kini semakin popular di kalangan pengguna. Biarpun fungsinya hampir sama dengan OYO namun Zen turut tampil dengan perbezaannya sendiri.

Booking.com