Avengers - Endgame Memang Gila ! Cetus Fenomena Satu Dunia...


Filem Avengers Endgame pecah rekod Box Office Dunia


By Syafiqah Azman

Baru sahaja lima hari ditayangkan, filem fenomena dunia, Avengers Endgame kini sudah meraih $1.2 bilion seluruh dunia. 

Turut difahamkan filem ke-22 yang dihasilkan Marvel Studios kali ini telah memecah rekod Box Office Dunia dengan debut terbesar seluruh dunia, debut domestik terbesar, dan secara asasnya telah mengubah kejayaan filem Hollywood. 

BACA: Filem Marvel Wajib Tonton Sebelum Endgame! #RoadToEndgame

Memang gempak gila! Peminat Marvel mesti faham dan bangga dengan pencapaian yang telah dicapai setelah hampir 11 tahun dengan filem pertama mereka iaitu Iron Man pada 2008. 

Sumber: BuzzFeed News 

Bayangkan belum lagi cukup seminggu, filem ini telah memecahkan rekod Box Office dunia? Tak ke gila? 

Filem Avengers Endgame merupakan filem yang mempunyai pembukaan filem dunia terbaik dan secara tidak langsung telah meninggalkan filem Avengers: Infinity War ke belakang dengan kutipan sebanyak $640 juta. 


Kalau kita lihat sepanjang Avengers Endgame ditayangkan, pelbagai reaksi pelik dari peminat fanatik seluruh dunia. 

Ada yang pergi tonton dengan berpakaian kostum ‘superhero’ kegemaran mereka, ada yang sanggup bangun seawal 5 pagi untuk menonton filem tersebut. Macam-macam ragam kan?


Tapi yang menarik perhatian adalah kes yang terjadi baru-baru ini di China, apabila seorang wanita yang merupakan peminat fanatik Marvel Studios telah dikejarkan ke hospital gara-gara mengalami kesukaran untuk bernafas. 


Ternyata perjalanan cerita dalam filem Avengers Endgame dan kejutan yang diberikan di pengakhiran filem tersebut membuatkan wanita bernama Xiaoli ini mengalami kesukaran untuk bernafas setelah tangan dan kakinya kebas. 

Hebat betul penangan Endgame ni! Penuh dengan pelbagai emosi sedih, gembira dan juga suspen dalam filem ni. Nasib baik lah wanita tersebut tidak apa-apa.

Manakala, satu lagi kes berlaku di mana seorang lelaki di Hong Kong telah dibelasah teruk apabila dia dengan sengaja menjerit ‘spoilers’ filem tersebut di khalayak umum. 


Memang menempah maut la ceritanya kan? Mana tidaknya, ada yang masih belum menonton filem tersebut dan mereka yang merupakan peminat sejati Marvel Studios sudah semestinya bengang dengan tindakan lelaki tersebut. 

Pengarah filem Endgame dikenali sebagai Russo Brothers iaitu Anthony Russo dan Joe Russo telah berpesan kepada mereka di luar sana supaya tidak mendedahkan sebarang ‘spoilers’ di media sosial dengan menggunakan tanda pagar #DontSpoilTheEndgame. 


Jadi, buat mereka di luar sana yang sudah pun menonton Avengers Endgame, jangan sesekali mendedahkan sebarang ‘spoilers’ di media sosial anda. Ingat tu! 

Dan kepada mereka yang masih belum menonton, tempah tiket wayang anda di panggung berhampiran sekarang! Memang tak rugi tiga jam berada di dalam panggung tu! Yang pasti bawa tisu dan pergi tandas terlebih dahulu ya!