Terkejut harga tiket parkir lebih RM9,000!


Gambar yang tular di media sosial - Gambar daripada Facebook


By Nadhirah Sofea Rashid

Selalunya kalau anda pergi mana-mana mall, anda dah boleh agak bayaran tiket parkir. Tiket parkir yang biasa selalunya berharga RM1-RM10. 

Tapi pernah tak anda terbayang sekiranya harga tiket parkir berjumlah lebih daripada RM9,000?

Ha, inilah yang terjadi kepada seorang pemandu penghantaran apabila dia dikejutkan dengan bayaran parkir lebih S$3,100 (RM9,409) di Lapangan Terbang Changi, Singapura. 

Ingatkan pemandu ini, Supra Mac, meletakkan kenderaan berhari-hari, rupanya dia hanya berada di kawasan loading bay selama 45 minit!

Insiden ini menjadi viral apabila Supra berkongsi foto mesin pembayaran di Facebooknya yang menunjukkan harga parkirnya yang tidak masuk akal.

Jurucakap Jewel Changi Airport menjelaskan bahawa ia terjadi kerana pemandu tersebut tidak mendaftar keluar dari kawasan itu pada Apr 10..

"Tiada rekod pemandu meninggalkan tempat letak kereta, dan dengan itu caj letak kereta masih berjalan sehingga lawatan seterusnya iaitu Apr 24," kata jurucakap itu.

Jurucakap itu turut menambah bahawa semua pemandu digalakkan untuk mengekalkan "jarak yang selamat" dari kereta di hadapan untuk memastikan bahawa sistem mesin parkir berjaya merekodkan semua pintu masuk dan keluar.

Walaubagaimana pun, Supra berkata dia tidak berdepan apa-apa masalah ketika keluar dari parkir dan tidak berada rapat dengan mana-mana kenderaan pada ketika itu.

Katanya, selepas membuat penghantaran pada Apr 24, dia tidak dapat meninggalkan tempat letak kereta kerana "baki tidak mencukupi."

"Saya baru saja menambah nilai Cashcard saya pagi itu. Apabila saya nampak jumlah yang saya perlu bayar, saya amat terkejut," katanya.

Selepas berkomunikasi dengan kakitangan Jewel melalui interkom, dia dibenarkan keluar dari tempat letak kereta selepas menunggu kira-kira 10 hingga 15 minit.

Tiada bayaran yang diminta.

“Saya rasa bukan salah sesiapa. Mungkin ia satu kesilapan teknikal dan pihak pengurusan Jewel menyelesaikannya dengan baik,” katanya.

Fuh! Nasib baik hanya masalah teknikal. Bayangkan kena bayar betul-betul!

Apa anda akan buat sekiranya terpaksa membayar parkir lebih RM9,000??