Sampai Birat Aliff Syukri 'Kerjakan' Anak Perempuannya Kerana Buka Tudung, Patutkah..?


Usahawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri memukul anak perempuannya, Qadeja, 9 tahun.


By Syafiqah Azman

Kecoh di media sosial apabila seorang jutawan kosmetik yang dikenali ramai telah memuat naik satu video di mana dia sedang menyapu ubat di bahagian belakang badan anak perempuannya yang berumur 9 tahun. 

Difahamkan, jutawan kosmetik D’Herbs iaitu Datuk Aliff Syukri telah memukul anak perempuannya, Qadejah kerana telah membuka tudung di hadapan tetamu yang datang ke rumah mereka. 


Menerusi media sosial Instagram, Aliff memuat naik video di mana Qadejah sedang menangis menahan kesakitan sementara ayahnya menyapu ubat. 

“Maafkan abah cess, abah teramat sayang cess tapi ni semua untuk masa depan cess. Hari ni abah rotan cess sebab abah nak cess faham erti maruah seorang perempuan. 

“Qadejah ni ada satu tabiat kadang-kadang dia buka tudung depan lelaki yang tak kenal, mungkin dia tak faham sebab kecil lagi tapi sejak kecil ni la saya kena didik dia,” tulis Aliff di kapsyen video tersebut. 

Tambah Aliff lagi, dia yang inginkan anakanya menjadi yang terbaik dalam agama dan tahu menjaga kehormatan dirinya sebagai seorang wanita. 

Tetapi lain pula ceritanya apabila video tersebut tular di media sosial. Rata-rata netizen mengecam Aliff dan menyifatkan tindakannya itu sebagai sangat keterlaluan serta menjejaskan imej Islam. 

“Aliff Syukri tidak layak menjadi seorang bapa ataupun manusia…” komen salah seorang netizen. 


Manakala, segelintir lagi netizen menyatakan bahawa orang ramai seharusnya memboikot barangan yang dikeluarkan oleh usahawan kosmetik tersebut. 


“Hipokrit sungguh! Kononnya jaga kehormatan wanita tapi tiada masalah menggunakan wanita hanya untuk mengaut keuntungan.” 

Sebagai seorang bapa, Aliff ada cara lain yang lebih berhemah yang boleh boleh digunakan Aliff untuk mendidik anak perempuannya itu. Bukan dengan cara memukul sampai birat serta menunjukkannya di hadapan 3 juta pengikutnya di Instagram. Tak ke esok budak tu jadi pendendam? 

Apa pun semoga pihak tertentu dapat mengambil tindakan dan semoga Datuk Aliff Syukri sendiri sedar tentang tindakannya.