Koleksi Berlian Eksklusif Serta Unik Hanya di Habib Jewels


Pengurus Besar Kumpulan Komunikasi Korprat, Yasheedah Yashaiya bersama Miss Universe Malaysia 2019, Miss Shweta Sekhon serta Nikita Menon


By Syafiqah Azman

Bersempena dengan bulan memperkasakan wanita, Habib Jewels telah mengadakan satu festival ke -20 mereka iaitu Festival Berlian dengan bertemakan alam semula jadi. 

Seperti mana istilah ‘berlian adalah teman baik wanita’ atau ‘diamonds are women’s bestfriend’, Habib telah mengeluarkan satu koleksi khusus di mana koleksi tersebut adalah antara berlian yang jarang ditemui dan unik di pasaran. 


Selalunya kita lihat berlian hanya berwarna putih betul tak? Tapi koleksi terbaru Habib Jewels ini membawakan khusus koleksi berlian unik yang berwarna hijau dan kuning. Memang seperti warna alam semula jadi kita! 

“Kalau kita lihat sejak kebelakangan ini, populariti bagi reka bentuk Habib mendapat tumpuan daripada pembeli barangan kemas dari golongan muda. 

Jadi dengan mengadakan koleksi terbaru serta harga yang berpatutan, ia secara tidak langsung dapat mengalakkan pembeli muda untuk membeli berlian buat diri mereka,” jelas Pengurus Besar Kumpulan Komunikasi Korprat Habib Jewels, Yasheedah Yashaiya. 


Turut hadir ketika sesi sidang media Habib Jewels di Habib Ampang Point Showroom adalah Miss Universe Malaysia 2019, Miss Shweta Sekhon serta Nikita Menon.  

Shweta yang merupakan salah seorang pengemar koleksi barangan kemas terutama berlian berkongsikan mengenai perasaannya tentang industri barangan kemas pada zaman ini. 

“Saya rasa industri barangan kemas kini harus berfikir dengan serius bahawa generasi muda sekarang saya gemar akan barangan kemas seperti berlian. 

Saya berasa gembira kerana dengan adanya Festival Berlian dari Habib akan membuat ramai orang di luar sana lebih tahu mengenai berlian dan apa yang penting Habib mengeluarkan koleksi yang mempunyai kualiti bermutu tinggi,” katanya.

Koleksi eksklusif terbaru daripada Habib Jewels

Difahamkan koleksi terbaru dari Habib Jewels ini dianggarkan bernilai sekitar RM30 juta. 

Antara barangan yang dikatakan paling mahal dalam koleksi tersebut adalah cincin bertatahkan berlian berwarna hijau berbentuk hati iaitu bernilai sebanyak RM8, 127 juta. 

Kalau anda dapat lihat, memang berlian yang digunakan adalah berlian asli dan jarang dijumpai di pasaran barangan kemas. Jadi, tidak hairanlah jika Habib Jewels mengeluarkan koleksi eksklusif buat pelanggan setianya. 

Buat mereka yang ingin menyaksikan koleksi berlian terbaru dari Habib Jewels, anda boleh kunjungi showroom Habib Jewels di Ampang Point. 

Jangan lepaskan peluang anda untuk memakai barangan kemas berlian eksklusif hanya dari Habib Jewels!