“Tidak mahu anak hidup tanpa ayah” – Bella Astillah Jawab Status Rumah Tangga


Bella Astillah akui tidak mahu anak hidup tanpa ayah


By Syafiqah Azman

Ramai pasti tertanya mengenai status rumah tangga pasangan selebriti ini setelah kemelut melanda hubungan mereka bulan lalu. 

Isteri kepada penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz iaitu Bella Astillah berkata bahawa dirinya masih memerlukan masa untuk menyelesaikan masalah rumah tangga bersama suami. 

Ibu kepada seorang anak, Mohamad Ayden Adrean ini berkata apa jua keputusan yang dilakukan, adalah kerana masa depan anaknya. 

Bella atau nama sebenar Dayang Ara Nabella Awang Astillah, 25, menyatakan bahawa dia tidak boleh membuat keputusan secara melulu.


“Apa yang terjadi ni memerlukan masa. Saya tak boleh nak pentingkan diri sebab saya dan suami mempunyai anak yang masih kecil,” katanya menerusi mStar online. 

Betul la tu, netizen ingat senang ke kalau benda macam ni berlaku kat rumah tangga terus cerai? Amboi, ingat apa?

“Saya perlu lebih masa untuk memikirkan hala tuju rumah tangga kami berdua dan saya tidak mahu Ayden membesar tanpa kasih sayang seorang ayah,” tambahnya lagi. 

Sekitar hujung Februari lalu, Bella mendedahkan tentang kecurangan yang dilakukan oleh Aliff ke atas rumah tangganya bersama seorang pelakon baharu, Oktovia Manrose. 

BACA: "Aliff buat hal lagi..." - Bella Astillah 

BACA: Kantoi Curang Kali Ketiga Punca Aliff Aziz Padam Gambar Bella Astillah

Perkara ini bukan kali pertama berlaku ke atas pasangan selebriti tersebut kerana sebelum ini muncul kontroversi bahawa Aliff telah keluar berdua bersama dengan pelakon Afifah Nasir di sebuah pusat karoeke di Kuala Lumpur. 

Tapi kalau kita lihat di media sosial Instagram Bella, nampak Bella sedang meneruskan hidupnya seperti biasakan? Mungkin itu salah satu cara buat dirinya untuk lupakan masalah yang melanda seketika dan sibukkan diri. 


Sementara itu, Bella turut berkongsi bahawa dia tidak tinggal sebumbung bersama suaminya buat sementara waktu namun masih lagi menghubungi satu sama lain. 

“Apa pun saya berserah semuanya kepada Allah SWT setelah melakukan solat istikharah. Saya tak kisah orang nak cakap apa, sebab keputusan itu atas diri saya,” jelasnya. 

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ayden Adrean pada 8 Julai 2017. 

Kita doakan yang terbaik buat pasangan ini dan semoga segalanya dipermudahkan buat mereka berdua, Insya Allah.