Mertua kejar lori milo gara-gara menantu mengidam!


Lori milo yang disukai ramai - Gambar Google


By Nadhirah Sofea Rashid

Kita semua tahukan setiap milo berbeza rasa sebenarnya? Milo tin, milo kotak, milo bancuh dan milo lori. Kesemuanya mempunyai rasa yang sedikit berbeza dan majoriti menyukai milo daripada lorinya!

Meriahlah sesebuah sekolah itu kalau lori milo datang bagi secawan milo free untuk setiap murid.

Tapi masalahnya, milo ni susah nak dapat melainkan ada majlis tertentu.

Tular di media sosial apabila ibu bapa mertua seorang wanita mengandung mengejar lori milo yang terserempak di sebuah lebuh raya.

Dikatakan wanita itu mengidam nak minum milo lori.


Perempuan mengandung kalau mengidam memang macam-macam jenis makanan yang dia nak. Kadang-kadang tu sampai si suami susah nak tunaikan! 

Tapi, nasib baik ada mertua sporting!

Ha, cuba anda tengok video dekat bawah ni.


Kalau anda perhatikan video itu, ibu mertua wanita itu sanggup memberhentikan lori tersebut. 

Tetapi, malangnya lori tersebut tidak dapat memberi milo tersebut kerana belum dibancuh. 

Namun, pemandu lori tersebut memberi cadangan untuk mereka datang ke beberapa event untuk mendapatkan milo tersebut.

Fuh, ini semua untuk ibu mengandung!

Rata-rata netizen memuji sikap ibu bapa mertua wanita itu kerana sanggup mengejar lori terbabit.


Semoga wanita itu dapat merasakan milo daripada lori milo sebelum bersalin!