Model ajal semasa catwalk


Kematian Soares mengejutkan penonton


By Nadhirah Sofea Rashid

Baru-baru ini media sosial digemparkan apabila tular sebuah video yang memaparkan seorang model lelaki tiba-tiba rebah ketika sedang catwalk.

Menurut Daily Mail, Tales Soares dari Brazil, dilihat terumbang-ambing sebelum rebah di pentas peragaan sewaktu Sao Paulo Fashion Week.

Pada mulanya, para penonton menganggap ia satu gimik untuk pertunjukan fesyen tersebut. 

Namun, setelah model-model yang lain terkejut melihat Soares terbaring, barulah penonton sedar ia bukanlah sesuatu yang dirancang.


Soares segera dikejarkan ke hospital berdekatan tetapi disahkan meninggal dunia. 

Lihat rakaman saat Soares rebah:

Punca kematian Soares masih belum dikenal pasti tetapi Soares berkemungkinan mempunyai penyakit sejak kecil.

Doktor juga berkata Soares mungkin mempunyai masalah epilepsi kerana mulutnya berbuih selepas rebah di atas pentas.