Rakyat Malaysia peras ugut pasangan yang baru kematian anak!


Pasangan itu masih bersedih kerena telefon itu belum ditemui hingga kini.


By Huzraifah Atikah

Semata-mata kerana duit, wanita Malaysia ini tergamak memeras ugut sepasang suami isteri di Australia yang baru sahaja kematian anak mereka .

Sepasang suami isteri warga Australia, Jay dan Dee Windross, sedang melalui keperitan apabila bayi mereka bernama Amiyah meninggal dunia pada Apr 25. 


Namun begitu, lebih menyedihkan apabila satu-satunya telefon bimbit yang mengandungi gambar-gambar arwah anaknya telah hilang dicuri. 

Pasangan Windross itu percaya bahawa kecurian telefon itu berlaku didalam tandas bersebelahan Gedung Target di Pusat Beli Belah Chadstone pada Apr 20. 

Suami isteri itu berusaha mendapatkan semula telefon tersebut dan membuat kenyataan di Facebook secara terbuka agar sesiapa yang menjumpai telefon itu boleh memberitahu mereka tanpa dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

Mereke juga berkata:

“Kami merayu kepada sesiapa yang menjumpai telefon berkenaan untuk tidak memadam memori telefon itu. Anda boleh menyimpan telefon itu kerana kami hanya mahukan gambar-gambar kenangan bersama anak kami.”


Tanpa diduga, beberapa hari kemudian, seorang rakyat Malaysia, Siti Nurhidayah Kamal, 24, telah menghubungi pasangan itu menerusi WhatsApp dan mendakwa dia terjumpa telefon bimbit tersebut.

Namun, menurutnya jika pasangan itu mahu telefon bimbit mereka semula, mereka perlu memasukkan wang sejumlah AUS$1,000 (RM2,900) ke dalam akaun banknya terlebih dahulu.

Hakikatnya, ianya hanya satu penipuan kerana Siti tidak mempunyai telefon itu. Siti telah didakwa di Mahkamah Majistret Ringwood di Melbourne, Australia kerana memeras ugut pasangan tersebut. 

"Ia menjijikkan, kenapa ada orang yang sanggup berbuat demikian jika mereka mengetahui keadaan kami," kata ibu Amiyah. 

Mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan untuk Siti Nurhidayah kerana dia dikuatiri akan meninggalkan Australia.


Siti Nurhidayah dan suaminya dipercayai tinggal di Australia sejak empat bulan lalu manakala dua anak mereka ditinggalkan di Malaysia.

Menurut mahkamah juga, Siti dan suaminya bekerja sebagai penghantar Uber Eats dengan pendapatan AUS$120 (RM496) sehari. 

Menurut suami Siti ketika sesi temubual, dia berkata tidak tahu bahawa isterinya berbuat demikian dan dia turut meminta maaf atas perbuatan isterinya. 

Sementara itu, telefon bimbit itu masih belum ditemui dan mereka sekali lagi merayu kepada individu yang mengambil telefon tersebut untuk memulangkannya dan dia tak tidak akan mengambil tindakan undang-undang.