Rakan-Rakan Selebriti Ucap Syukur Bila Michael Ang Peluk Islam!


Michael Ang


Wow! Tiada orang yang lebih gembira apabila pengarah drama terkenal, Michael Ang mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam selain daripada rakan-rakan selebriti tempatannya yang majorinya adalah Muslim dan hampir semuanya pernah bekerja dalam produksi drama terbitan dan arahannya. 

Daripada Zul Ariffin, Nora Danish, Janna Nick, Aliff Satar, Fikry Ibrahim, Fattah Amin, Shukri Yahya, Siti Nordiana, Fazura, Sharnaaz Ibrahim, Aiman Hakim Redza, Aeril Zafril, Ummi Nazeera, Hairul Azreen, Izzue Islam, Hisyam Hamid, Diana Rafar, Hafiz Roshdi, Fizo Omar, Ben Amir, Shila Amzah sehinggalah kepada Datin Diana Danielle, rata-ratanya mengucapkan syukur yang tidak terkata apabila Michael Ang kini menjadi saudara baru Islam. 


"Tahniah...tahniah...Saya akan mendoakan agar kamu diberikan keyakinan yang tetat dan memperoleh pemahaman yang betul terhadap agama ini. Sangat-sangat gembira menerima perkhabaran ini. Alhamdulillah...

"Kamu menunggu setahun untuk menyatakannya. Ia adalah satu cara cantik yang cukup jujur," katanya Ummie Nazeera. 

Ummi Nazeera juga turut menyatakan bahawa dia menyedari bahawa Michael Ang telah mengikuti pendakwah Sheikh Hussain Yee. 

"Teruskan..dia adalah pendakwah kegemaran saya. Saya mula mengikuti dakwahnya waktu mula-mula hendak berhijab. Kalau ada kesempatan, kita terawih sama-sama di Al Khadeem," katanya kepada Michael Ang. 

Selebriti lain pula mengucapkan tahniah dan menyambut baik keputusan Michael Ang untuk memeluk agama Islam.  

"Welcome my brother...," kata Aiman Hakim REdza. 


Sementara itu, Michael Ang yang telah memeluk agama Islam sejak setahun yang lalu memohon kepada semua kerana telah merahsiakan hal tersebut untuk sekian lama.

"Assalamualaikum! Saya budak baru belajar, kalau ada salah tolong tegur. Doakanlah yang baik-baik. Maaf Kalau saya rahsiakan ni dah lebih dari setahun. Cuma saya rasa pekara ini ada ah antara saya dgn Allah dan keluarga saya. Kalau nak tengok pengakuan saya tengoklah video ni ," katanya di dalam sosial media Instagramnya. 


Michael Ang juga memohon maaf kepada Fattah Amin dan Aliff Satar kerana sebelum ini telah bertanyakan macam-macam perkara mengenai Islam sewaktu berada di set lokasi penggambaran drama yang melibatkan mereka.