Lebih baik bergaji rendah daripada tidak bergaji langsung - Dr Mahathir


Walaupun sektor 3D menawarkan gaji rendah, ia adalah lebih baik daripada tidak mempunyai pekerjaan - Dr Mahathir


By Nadhirah Sofea Rashid

Kebanyakan graduan hari ini mengadu kekurangan peluang pekerjaan yang setampil dengan kelulusan mereka. 

Ada yang mempunyai ijazah tetapi tetap menganggur.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir semalam mengingatkan rakyat Malaysia untuk mengambil peluang dalam industri kotor, berbahaya dan sukar daripada hanya menganggur. 

"Walaupun gaji rendah, tetapi jika mereka tidak bekerja, mereka tidak ada apa-apa pendapatan.

“Jadi mereka mesti memilih. Sekurang-kurangnya jika mereka bekerja, mereka akan mendapat sesuatu," kata beliau ketika ditanyakan mengenai gaji rendah dalam pekerjaan 3D yang tidak mendarik penglibatan rakyat Malaysia.

Tambah beliau lagi lambakan pekerja asing ke dalam negara berpunca dari sikap rakyat yang tidak mahu membuat sesuatu pekerjaan sehingga industri 3D didominasi pekerja asing.

"Akhirnya, mereka (pekerja asing) akan menjadi kaya dan kita pula kekal atau menjadi miskin," katanya.

Dr Mahathir turut berkata pengambilan pekerja asing yang ramai akan menyebabkan pengaliran wang keluar negara.

"Jika rakyat tidak bekerja, mereka tiada pendapatan, sebaliknya orang asing akan bekerja dan duit negara akan mengalir keluar.

"Kita juga tak boleh bagi duit percuma kepada rakyat seperti dahulu," katanya.

Apa sebenarnya yang membuatkan kerja-kerja dalam industri 3D tidak mendapat sambutan dalam kalangan rakyat Malaysia?

Adakah kerana gaji yang terlalu rendah? Atau stigma masyarakat yang mahukan bekerja di dalam bilik yang mempunyai penghawa dingin sahaja?

Atau mungkin sikap sesetengah ibu bapa yang malu sekiranya anak mereka belajar kemahiran untuk industri buruh?

Apa kata anda?