PU Syed Gelar Peminat Kumpulan Korea BTS, Puak Syaitan?


Pencetus Ummah Syed menyatakan bahawa peminat kumpulan BTS adalah dari puak Syaitan


By Syafiqah Azman

Minggu lalu kita dikejutkan dengan kenyataan daripada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengenai usahanya dalam membawa satu kumpulan muzik lelaki popular dari Korea Selatan iaitu Bangtan Boys ataupun BTS. 

BACA: Syed Saddiq Bersama Tony Fernandes, Bawa BTS Ke Malaysia

Lain pula ceritanya apabila seorang pendakwah bebas yang dikenali sebagai Pencetus Ummah (PU) Syed telah menolak sekeras-kerasnya mengenai kedatangan kumpulan BTS tersebut ke Malaysia. 

Menerusi media sosial Instagram, PU Syed atau nama sebenar Syed Mohd. Barki Syed Ishak memuat naik satu posting menunjukkan satu paparan skrin bualan di aplikasi Whatsapp di mana kelihatan satu mesej daripada orang Arab yang merupakan peminat BTS. 


“Kau ke yang cakap BTS tu setan? Jaga sikit mulut kau tu eh,” tulis individu terbabit. 

Manakala menerusi kapsyen posting tersebut, Syed menjelaskan bahawa mesej tersebut merupakan dari orang Arab yang telah mengecam kerana kenyataan yang dibuatnya sebelum ini. 


“Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati (ajaran dan amaran) Allah. Ketahuilah puak Syaitan itu sebenarnya orang-orang yang rugi,” tulisnya berserta tanda pagar #AdaAmbeTakut. 

Kenyataan tersebut mengundang kemarahan peminat BTS yang digelar Army kerana pada mereka kumpulan muzik tersebut melakukan banyak perkara positif selain menghiburkan peminatnya seperti kempen #EndViolence kolabarasi bersama UNICEF yang menumpukan terhadap kes jenayah di kalangan kanak-kanak seluruh dunia. 


Mungkin PU Syed tak tahu apa yang telah dilakukan oleh BTS ni agaknya? Atau mungkin PU Syed tidak tahu bahawa peminat BTS ini bukan sahaja dari kalangan bangsa Melayu, kan? 

“Antara sebab kenapa international act tak mahu pin Malaysia dalam konsert mereka….Lagi satu penerimaan diri, kasih sayang dan mencegah keganasan yang berlaku di kalangan kanak-kanak bukan amalan setan,” tulis salah seorang peminat BTS. 

Ada benarnya juga apa yang dikatakan segelintir peminat BTS ni. Siapalah kita ingin mengelar seseorang itu ‘Syaitan’, adakah anda dijamin syurga kelak dengan berbuat demikian? 

Dan tidak juga salah bagi PU Syed ingin menegur akan tetapi penggunaan bahasa itu seolah-olah menampakkan Islam itu sebagai agama yang penuh kompleks dan kurang sopan. Bukankah Islam itu mudah? 

Terdahulu, aktor Sharnaaz Ahmad turut menolak kenyataan Syed Saddiq mengenai kedatangan BTS ke Malaysia dan menyatakan bahawa banyak lagi kumpulan yang jauh lebih hebat daripada itu. 

BACA: Sharnaaz Ahmad Bidas Syed Saddiq Ingin Bawa BTS Ke Malaysia 

Apa pun pendapat anda, hidup ini mudah. Jika anda tidak suka sesuatu muzik itu, tidak usahlah dengar, betul tak?