Pengantin lelaki abaikan isteri ketika majlis perkahwinan akibat kemaruk PUBG


Pengantin lelaki tersebut mengabaikan isterinya - Gambar Facebook


By Nadhirah Sofea Rashid

Hari perkahwinan adalah antara hari bahagia yang dinantikan oleh majoriti orang terutama sekali bagi golongan wanita, betul tak?

Namun, menjadi mimpi ngeri bagi seorang pengantin wanita ini apabila si suami tidak menghiraukannya ketika majlis perkahwinan mereka di India dan ini terjadi apabila si suami itu kemaruk PUBG.

Dia ni nak kahwin dengan pasangan tercinta atau PUBG ni?

Kisah ini menjadi tular apabila seorang tetamu majlis perkahwinan tersebut merakam video TikTok yang memaparkan pengantin lelaki tersebut tidak menghiraukan isterinya.

Menurut Indian Express, isterinya yang duduk bersebelahan dengannya tidak mengatakan apa-apa sekali dan hanya menatap suaminya yang begitu kemaruk dengan dunia PUBGnya. Kasihannya!

Bukan itu sahaja, bahkan tetamu juga diabaikannya!

Lihat video di bawah:

Walau bagaimanapun, beberapa netizen berpendapat bahawa video ini adalah rekaan semata-mata untuk menjadi viral.

Tapi, apa-apa pun ketagihan PUBG sesungguhnya mendatangkan keburukkan kepada beberapa orang.

Ada yang sampai terminum asid!

Baca: PUBG addiction turns acidic

Buat anda yang peminat tegar PUBG, sentiasalah main dengan kadar berpada-pada ok!