PU Abu Terkilan Orang Salahkan Arwah Ibunya


PU Abu pesan usah libatkan kedua ibu bapanya dalam hal rumah tangganya


By Syafiqah Azman

Memang susah betul netizen nak ‘move on’ dari isu berkaitan dengan Pencetus Ummah (PU) Abu ni ya? Ada lagi yang masih meluahkan rasa tidak puas hati mereka kepada jejaka tersebut. 

BACA: Pasal Kes Cerai Ex-Bini Sarat Mengandung, Netizen Cakap PU Abu Lebih Kejam Dari Ustaz Hamadi?

Dengar cerita sampai arwah ibu PU Abu pun terkena tempias sekali. Betul ke? 

Menerusi media sosial Instagram, PU Abu atau nama sebenar Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi telah memuat naik satu paparan skrin di ruangan IG story menunjukkan seorang individu telah mengecamnya. 


“Buat malu mak bapak je oi. Mak kau pun pelacur ke sebab tu kau nak sayang pelacur jadi bini kau? Setan benar perangai,” tulis individu tersebut. 

Manakala Abu hanya berkata bahawa apa yang terjadi dan dilakukan adalah atas kekhilafan dirinya sendiri, bukan arwah ibunya. 

“Mak aku tak bersalah. Segala yang berlaku semua atas silap aku,” balas Abu. 

Betul juga, kenapa nak salahkan kedua ibu bapa di atas apa yang seseorang individu itu lakukan. Bukankah tak elok, dengan bahasa kesat sebegitu, kalau betul pun marah, cuba beralas sikit bahasa tu, betul tak? 

Susulan daripada itu, bekas isteri kepada pendakwah bebas tersebut turut memuat naik satu posting dan menjelaskan bahawa bekas keluarga mertuanya adalah orang yang baik-baik sahaja. 


“Saya ada keluarga mertua yang terlalu baik. Mungkin saya kekurangan satu benda tapi Allah SWT beri saya perkara yang lain pula. Bapa mertua yang baik, kakak abang ipar yang baik. 

“Tiada keluarga yang mahu keburukan wujud dalam keluarga mereka tapi kita kan hanya mampu merancang?” tulisnya di posting tersebut. 

Tambah Ain Afini atau nama sebenar Ain Afini Latif, 22 yang kini sarat mengandung tujuh bulan, wajarkah jika ibu bapa dipersalahkan jika anaknya yang melakukan kesilapan. 

“Jangan menyalahkan individu yang dah tak ada atau tiada kaitan. Yang buruk tinggalkan, yang baik jadi tauladan,” jelasnya. 

Memang benar sesuatu perkara yang pahit amat sukar buat kita lupakan, namun janganlah suka-suka menunding jari dan menempelak ke pihak yang tidak sepatutnya. 

Mungkin netizen perlu lebih bersopan dalam menegur dan menggunakan kata-kata yang tampak sopan. 

Terdahulu, isu mengenai rumah tangga pendakwah bebas tersebut telah menjadi bualan apabila Ain mendedahkan bahawa Abu telah menceraikannya ketika sarat mengandung melalui aplikasi Whatsapp kerana kehadiran orang ketiga. 

BACA: Mohon Maaf Tidak Ikhlas, Netizen Bengang Dengan PU Abu

Individu yang menjadi orang ketiga dalam hubungan mereka adalah seorang usahawan kosmetik yang dikenali sebagai Hana Azraa.