Akaun palsu FB, Syed Saddiq laporkan kepada polis dan MCMC


Syed Saddiq tidak duduk diam, segera buat laporan polis terhadap perkara itu. - Gambar dari Google


By Huzraifah Atikah

Nampaknya cara orang zaman sekarang nak buat fitnah memang menakutkan! 

Jika dibandingkan dengan zaman dahulu, fitnah hanya disebar dari mulut ke mulut, lepas tu paling tak pun satu kampung sahaja yang tahu. 

Namun sekarang cara menyebar fitnah lagi teruk sebab satu Malaysia boleh tahu dalam masa yang sangat singkat. 

Hanya melalui akaun sosial media palsu, macam-macam boleh terjadi. 

Paling menakutkan, perkara ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja dan terkini ianya terjadi kepada Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq. 

Menurut beliau di Twitter, ada pihak yang cuma memburukkan namanya melalui komen-komen di Facebook yang agak melampau bahasanya. Syed Saddiq berkata:

Ish, melampau sungguh orang-orang yang cuba memburukkan nama Syed Saddiq dengan cara kotor macam ni.  

Ini antara komen yang dibuat oleh akaun palsu tersebut:

Bukan itu sahaja...

Semoga pihak polis dan MCMC cepat mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap mereka yang terlibat. 

Walau macam mana pun, Youth Connect berharap Syed Saddiq tabah menghadapi cabaran seperti ini.