Wanita ditampar dan ditumbuk sebab tak bagi signal


Lelaki menampar dan menumbuk pemandu wanita


By Nadhirah Sofea Rashid

Kalau tidak memberi isyarat ketika memandu di jalan raya ni memang menjadi kemarahan ramai orang.

Yelah, sikap sesetengah pemandu kenderaan atau penunggang motosikal yang tak bagi signal inilah yang boleh mendatangkan kemalangan. 

Bukan susah pun, tolak je signal dekat tepi stereng kereta tu.

Macam ni:

 

Senang bukan? Tapi masih ada yang tak tahu, atau malas, atau terlupa nak bagi signal.

Semalam, tular seorang lelaki yang gagal menahan sabar telah bertindak melampau apabila menampar dan menumbuk seorang pemandu wanita gara-gara wanita tersebut tidak memberi signal.

Lihat video dibawah:

Kejadian ini dilaporkan berlaku di Jalan Datuk Keramat, Kuala Lumpur. 

Berdasarkan video berdurasi 34 saat itu, lelaki tersebut terus menjatuhkan motosikalnya, lantas memaki mangsa.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Suprintendan Noor Azmi Yusoff berkata, lelaki yang menunggang motosikal jenis Honda Dash telah datang dari arah belakang kereta jenis Honda Civic dipandu wanita itu.

"Suspek memaki dan mengeluarkan kata kesat kepada wanita tersebut dengan menuduhnya tidak menggunakan isyarat ketika masuk simpang.

"Seterusnya, suspek membuka helmetnya lalu menghentak atas bumbung kereta pengadu," katanya.

Tambah Noor Azmi lagi, suspek bertindak agresif menumbuk kepala dan menampar muka mangsa ketika wanita tersebut keluar dari kenderaan untuk melihat keadaan kereta.

Menurut polis juga, lelaki tersebut dikatakan mempunyai lima rekod jenayah lampau yang membabitkan kes dadah dan khianat. 

Orang awam yang berada di tempat kejadian segera datang untuk menghalang lelaki itu sebelum perkara lebih teruk terjadi.

Namun, lelaki tidak mengendahkan orang awam tersebut dan terus menampar pemandu wanita itu.

Entah apa yang dimarahkan sangat sampai wanita tersebut dilaporkan berdarah di bahagian mulut. 

Rata-rata netizen mengecam tindakan lelaki ini dengan mengatakan lelaki tersebut tidak boleh sewenang-wenangnya memukul orang.


Menerusi sebuah posting di Facebook, isteri kepada suspek yang dikenali sebagai Faridah memohon maaf atas tindakan suaminya yang mendatangkan kemarahan ramai orang.

Faridah berharap agar kejadian ini dapat memberi pengajaran kepada suaminya yang panas baran itu.



Memang salah sekiranya pemandu gagal memberikan signal ketika hendak membelok atau menukar jalan, tetapi kita tidak mempunyai hak untuk memukul.

Kan negara ini ada undang-undang? Serahkan saja kepada pihak berkuasa.